Suami kepada selebriti Abby Abadi iaitu Muhammad Faizal Zakaria tampil menitipkan pesanan kepada anak tirinya, Marissa Dania Hakim susulan kemelut rumah tangga yang sedang dilalui.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nikah Di Thailand Sudah Selesai, Ada Sijil Nikah’ – Peguam Aslam & Marissa Perjelas Tiga Isu Utama

Artikel Berkaitan: Peguam Sahkan Aslam Dua Kali Lafaz Cerai Terhadap Marissa Dania

Nasihat buat Marissa Dania

Menerusi perkongsian di Threads, Faizal menasihati agar Marissa tidak mensia-siakan masa depan memandangkan perjalanan hidupnya yang masih jauh.

Dia juga berharap agar Marissa mempertimbangkan untuk melakukan perubahan dalam hidupnya sekiranya masih ada ruang untuk memperbaiki keadaan.

Adik Marissa, Allah lebih mengetahui mana yang terbaik, kalau ada pulang untuk Uturn kembalilah. Hidup adik masih panjang, jangan sia-siakan kehidupan adik. 

Bukan itu sahaja, Faizal meminta Marissa agar bermuhasabah dan menilai semula perjalanan hidupnya selama ini, sama ada benar-benar membawa kebahagiaan atau sebaliknya.

Abah sentiasa doakan adik dunia akhirat, walaupun bukan anak kandung, Abah mahukan yang terbaik untuk adik.

Perhatikan apa yang berlaku sepanjang kehidupan adik selama ini, adakah ia membahagiakan atau sebaliknya. 

Kalau ada peluang untuk bersendirian, jangan lepaskan, dihadapan adik masih luas ruangnya, bina kehidupan, kerjaya dan capai cita-cita.

Pada Isnin, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan menangguhkan prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk pasangan sensasi itu.

Untuk rekod, Aslam didakwa telah melafazkan cerai terhadap Marissa sebanyak dua kali, iaitu pada September 2024 sebelum kembali rujuk dalam bulan yang sama.

Dia kemudian sekali lagi melafazkan cerai pada April 2025 dan pasangan itu difahamkan kembali rujuk pada Jun tahun sama.

Sumber: Threads Jai Faizal