Umumnya mengetahui, pihak kerajaan kembali melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari, ini di enam buah negeri termasuk Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Pulau Pinang. Sepanjang tempoh PKP ini berlangsung, sebarang aktiviti sosial seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Artikel Berkaitan: ‘PKP Di 6 Negeri Bermula 13 Januari 2021 ‘ – Perdana Menteri
Artikel Berkaitan: Tak Boleh Rentas Daerah, Negeri Sepanjang PKP. Pergerakan Terhad 10KM Sahaja
Seperti perkongsian seorang jurugambar dikenali Ricol Kal El, menceritakan keadaan di Pejabat Agama Sabah yang ‘sesak’ semalam.
Nikah sebelum PKP bermula
Foto: Ricol Kal El
Sedang berlaku, diperkarangan Jheins Tawau, kilat speed light sabung menyabung dan terlihat beberapa sifu fotografer bersama pengantin2 mereka sedang manjalankan tugas termasuk saya.
Menerusi kapysen tersebut, dia menceritakan keadaan di pejabat agama yang sesak dengan bakal-bakal pengantin menerusi beberapa keping foto yang dikongsi. Hal ini disebabkan semalam, merupakan hari terakhir bagi pasangan pengantin untuk berkahwin kerana sepanjang tempoh PKP yang dilaksanakan bermula 13 Januari sehingga 26 Januari 2020 sebarang aktiviti sosial tidak dibenarkan sama sekali.
Tambahan pula, tarikh semalam dianggap sebagai peluang yang ada, kerana PKP mungkin bakal ‘disambung’ berikutan kes harian yang semakin tinggi. Malahan, kes Covid-19 semalam, mencatatkan kes yang tertinggi yang pernah ada, iaitu sebanyak 3,309 kes.
Memang ramai
Menerusi beberapa keping foto yang dikongsi, menunjukkan keadaan di perkarangan pejabat agama yang ‘penuh’ dengan kehadiran bakal-bakal pengantin ditemani keluarga mereka.
Bukan panic buying
Perkongsian tersebut telah dikongsi lebih 252 kali, dan memperoleh puluhan komen daripada netizen. Malahan, ada juga netizen yang sempat ‘bergurau’ dengan menyatakan kejadian tersebut sama seperti panic buying tetapi kali ini bertukar menjadi panic nikah.
Tidak berakhir di situ, netizen turut mendoakan supaya urusan pengantin tersebut dipermudahkan.
Sumber: Ricol Kal El