Sebentar tadi Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan ke beberapa buah negeri termasuk Selangor, Melaka, Perak, Johor, Sabah dan Pulau Pinang.
Artikel berkaitan: ‘PKP 6 Negeri Bermula 13 Januari 2021’ – Perdana Menteri
Artikel berkaitan: Kedai Makan, Gerai Penjaja Hanya ‘Take Away’ Sepanjang PKP
Beberapa Standard Piawaian Operasi (SOP) telah diumumkan termasuk kedai makan hanya dibenarkan untuk ‘take away’ atau pandu lalu sahaja. Selain itu, semua pekerja hanya perlu bekerja dari rumah (work from home) selama tempoh 14 hari.
Larangan rentas daerah, negeri
Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan larangan untuk merentas negeri atau daerah akan berkuatkuasa pada 13 Januari 2021, hari Rabu bermula jam 12.01 tengah malam. Tambahan, kesemua negeri yang melaksanakan PKP, pergerakan adalah terhad dalam 10 kilometer radius dari kediaman rumah masing-masing.
Aktiviti sosial dilarang
Manakala, bagi tujuan membeli barangan keperluan rumah pula hanya dibenarkan dua individu isi rumah di dalam sesebuah kenderaan. Anda dinasihati untuk keluar mendapatkan keperluan rumah di kedai runcit atau serbaneka berdekatan kediaman.
Selain itu, sebarang perhimpunan melibatkan aktiviti sosial seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan adalah tidak dibenarkan sama sekali.