Kalau beli barang dapur di pasar raya, korang prefer untuk bawa shopping bag sendiri ataupun beg plastik yang disediakan? Come on guys, dah 2021 dah ni, apa kata tahun ni kita ramai-ramai sahut seruan kerajaan untuk kurangkan penggunaan plastik beg!
Prihatin tentang kesan plastik beg terhadap komuniti dan alam sekitar pada hari ini serta masa depan, Lotus’s tampil dengan mengambil inisiatif untuk menghentikan pengeluaran beg plastik sekali guna di kaunter pembayarannya bermula 1 Julai 2021 ini. Syabas!
Lotus’s tak lagi tawarkan beg plastik sekali guna!
Kalau korang perasan sebelum ni, kebanyakan pasar raya hanya tidak menyediakan beg plastik sekali guna di kaunter pembayaran pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.
Ini sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan penggunaan beg plastik sekali guna atau pakai buang dari mencemari lautan dan sumber makanan laut kita.
Komited untuk membawa perubahan dengan pengurangan penggunaan beg plastik sekali guna, Lotus’s menyahut seruan kerajaan dengan menghentikan pengeluaran beg plastik sekali guna di kaunter pembayaran bermula 1 Julai 2021 ini!
Bukan itu je, sejak beberapa tahun dulu, Lotus’s dah pun berjaya mengurangkan penggunaan beg plastik sekali guna di kaunter pembayaran sebanyak 21 juta beg plastik. Hebat!
Untuk pengetahuan korang, inisiatif ini akan bemula di beberapa cawangan yang terpilih! Nak tahu kat mana?
Ini antara senarai cawangan Lotus’s yang mengambil bahagian!
Lotus’s E-Gate Pulau Pinang
15 Jun 2021
Lotus’s Desa Tebrau, Johor
17 Jun 2021
Jadi, jangan lupa untuk bawa beg sendiri ataupun korang boleh dapatkan beg kitar semula Lotus’s ni!
Ekstra mata ganjaran Green Clubcard apabila bawa beg sendiri!
Haa..yang lagi best, pelanggan juga boleh nikmati mata ganjaran Green Clubcard yang boleh ditukarkan kepada baucar tunai apabila korang membawa beg sendiri atau menggunakan beg kitar semula Lotus’s ketika membeli belah!
Sambil-sambil nak selamatkan alam sekitar, boleh dapat mata ganjaran lagi!
Jadi, apa tunggu lagi, jom mulakan perubahan hanya dengan satu beg. Bawa Beg Sendiri, Bawa Pulang Perubahan!
Untuk maklumat lanjut, layari laman web Lotus’s [url to be added]