berita

Cik Piah Tercalon Top 20 ABPBH35, Netizen Tak Puas Hati – ‘Berani Hantar Gambar Tak Senonoh’

May 21st, 2023 | by Alia
Kini Trending

Penyampai radio, Feeya Iskandar baru-baru ini mendedahkan dia banyak menerima kiriman mesej yang tidak senonoh, gambar berbaur lucah dan kecaman menerusi aplikasi WhatsApp.

Artikel Berkaitan: Pelajar Tingkatan 1 Dah Pandai ‘Sexting’, Guru Luah Kerisauan Budaya Lucah

Artikel Berkaitan: Panggil Rakan Sekerja ‘Sayang, ‘Dear’, Sexting’ & Raba Dikategori Gangguan Seksual

Kecam Cik Piah

Menerusi hantaran di Instagram (IG) Story, Feeya atau Cik Piah berkongsi satu kiriman mesej daripada seseorang individu yang tidak dikenali. Individu tersebut melemparkan kata-kata kecaman dan kritikan terhadapnya.

Agak-agak la suruh orang undi pulak. Apa makna tu..maknanya kau tak bagus orang tak kenal kau. Nama pun nama orang tua, Piah…geli. Sampai bila-bila pun kau takkan menang, percayalah. Sebab apa? Sebab mulut busuk, geng kelawar malam.

Menurut Cik Piah, kiriman mesej itu diterima bukan dari WhatsApp peribadinya tetapi menerusi nombor WhatsApp radio.

Ini Cik Piah ambil dari WhatsApp radio, bukan dia hantar dekat nombor peribadi Cik Piah, Cik Piah screenshot.

Dalam pada itu, penyampai radio berusia 34 tahun tersebut turut mendedahkan bahawa sebelum ini dia juga banyak menerima mesej dan gambar-gambar berbaur lucah.

Ada banyak lagi sebenarnya Whatsapp yang bukan-bukan, belum lagi ada yang hantar gambar tak senonoh. Berani kan orang-orang macam ini, tak ada kerja lain agaknya.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×