berita

Pekerja Ladang Hancur Dibaham Buaya Ketika Mengutip Kangkung

November 29th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Di Miri, seorang pekerja ladang warga Indonesia, Asbullah Daeng Situju maut selepas dibaham buaya ketika mengutip kangkung di kawasan parit di Ladang Tanjung Payung. Mangsa ditemui dalam keadaan yang sungguh menyayat hati apabila anggota tubuh badannya terputus akibat insiden itu.

Anggota badan terputus

Menerusi laporan Astro Awani, insiden malang tersebut turut disaksikan oleh rakan mangsa sebelum dia bertindak membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sebaik sahaja menyedari kejadian itu, pekerja ladang yang lain terus melancarkan gerakan mencari dan menyelamat mangsa. Mereka dikatakan telah menggunakan jentera pengorek untuk mencari sisa anggota badan mangsa.

Diklasifikasikan sebagai mati mengejut

Menurut Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, pada keesokan harinya, separuh badan mangsa telah dijumpai oleh salah seorang pekerja ladang di situ.

Antara yang ditemui ialah bahagian keratan tangan kanan, bahagian punggung dan potongan sebelah kaki kiri hingga punggung.

Anggota badan mangsa tersebut ditemui tidak jauh dari lokasi kejadian berdekatan Sungai Telong.

Tambahnya lagi, reptilia yang menyerang mangsa itu walau bagaimanapun telah dibunuh oleh pekerja ladang yang lain pada hari kejadian. Sementara itu, mayat mangsa telah dihantar ke Miri untuk dibedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Sumber: Astro Awani, Berita Harian, Sarawak Voice

SKIP THIS AD ×