berita

Pekerjaan Alternatif Rakyat Malaysia Yang Terjejas Di Tahun 2020 Akibat Covid-19

December 30th, 2020 | by Sya Alkaf
Insiprasi

Tahun 2020 adalah tahun yang penuh cabaran buat semua terutamanya dari aspek kelangsungan hidup. Lebih kurang 79,737 orang dilaporkan hilang pekerjaan sepanjang tahun ini berdasarkan statistik Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) berikutan wabak Covid-19. (Sumber BHarian)

Antara sektor yang terjejas teruk adalah pelancongan, penerbangan dan perdagangan. Tak dilupakan para pelajar yang baru saja menamatkan pengajian turut mengalami masalah untuk mendapatkan pekerjaan bersesuaian berikutan faktor keadaan semasa.

Beralih arah demi meneruskan hidup

Dek kerana itu, ramai rakyat Malaysia mengambil inisiatif untuk beralih ke pekerjaan alternatif sementara sektor terjejas kembali pulih.

1. Graduan Kejuruteraan Mekanikal buat duit dengan menjual teh masala

S. Kavievanan, graduan UNITEN berusia 23 tahun memilih untuk mengusahakan perniagaan kecil-kecilannya sendiri dengan menjual Teh Masala di sekitar Brickfield.

Perniagaan yang dimulakan beberapa bulan lepas mula mendapat sambutan baik pelanggan yang terdiri daripada kakitangan pejabat dan juga pengusaha restoran di kawasan berhampiran.

Pada permulaan, dia hanya mampu menjual lebih kurang 30 cawan teh masala setiap hari. Tapi, berkat usaha gigihnya dia kini mampu menjual sehingga 500 cawan teh masalah dalam masa satu hari.

Impian S. Kavievanan adalah untuk memulakan francais Tea Thambi dan mengembangkan lagi perniagaannya ke lebih banyak kawasan.

2. Juruterbang jadikan bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan

Antara kisah tular yang paling banyak disebut-sebut netizen adalah mengenai pengasas Smashed Burger, Naeem Nassir. Sebelum ini, Naem merupakan juruterbang di salah satu syarikat penerbangan terkenal dunia.

Seteleh diberhentikan kerja, Naeem mula menghabiskan banyak masa dengan menonton TV dan juga Youtube. Dari situlah dia mula belajar cara betul untuk menyediakan burger sehingga berjaya mengusahakan sebuah gerai bersama isteri tercinta di Bukit Jelutong.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Smashed (@smashed.my)

Tanpa diduga perniagaan yang dimulakan kerana minatnya yang mendalam terhadap burger ini mendapat sambutan baik pelanggan sehinggakan hampir setiap malam burger mereka habis terjual.

Haa sampai menteri kewangan, Tengku Zafrul pun kena pre-order seminggu sebelum dapat rasa air tangan bekas juruterbang ini tau! Power!

3. Kapten tak kisah jadi rider foodpanda!

Tak dapat dinafikan bidang penerbangan antara yang terjejas teruk akibat penutupan sepadan negara. Oleh kerana krisis ini masih belum berkesudahan, Kapten Khairul Anuar meneguhkan tekadnya untuk mula menceburi bidang penghantaran makanan sebagai rider untuk foodpanda.

Kredit foto: Youtube Channel Zarul Umbrella

Meskipun pendapatannya kini tidak semewah dahulu namun dia bersyukur kerana wang hasil membuat penghantaran makanan mampu menampung belanja rumah buat dia dan keluarganya.

Bagi menjana wang tambahan, Kapten Khairul Anuar turut berniaga secara atas talian dengan menjual kambing perap, steak dan facemask.

Dalam keadaan yang tak menentu seperti sekarang, kami percaya banyak lagi kisah seumpama yang kami kongsikan di atas berlaku di luar sana. Ramai terpaksa memilih pekerjaan alternatif  bagi memastikan bil dan komitmen mereka setiap bulan dapat dibayar tepat waktunya.

Kami juga berkesempatan untuk menemu ramah orang awam tentang situasi pekerjaan semasa mereka dan cabaran yang dilalui sepanjang tahun ini berikutan wabak Covid-19.

Melalui perkongsian orang ramai tak dapat dinafikan kebanyakkan mereka terjejas dari segi keewangan dan bersyukur dengan bantuan kerajaan seperti Bantuan Sara Hidup, Skim MySalam dan banyak lagi yang dapat meringankan sedikit beban mereka.

Bagaimanapun, ada pula segelintir pihak di luar sana mengambil kesempatan untuk mengeluarkan wang persaraan mereka lebih awal tanpa sebarang keperluan penting. Ingin kami ingatkan bahawa, berfikirlah secara rasional sebelum membuat sebarang keputusan.

Ubah tabiat berbelanja

Sudah tiba masanya untuk kita merancang semula tabiat perbelanjaan agar bersesuaian dengan kemampuan diri. Amalkan sifat berhati-hati dalam berbelanja dan hanya beli barang keperluan sahaja buat sementara waktu.

Lupakan kehendak yang tidak penting agar pengaliran wang harian dapat dikawal dengan baik, tak ada lah pening kepala nanti memikirkan belanja yang tak cukup hanya sebab duit sudah di habiskan membeli-belah barang yang sebenarnya korang tak perlu pun.

Ingat, fikir betul-betul sebelum korang buat sebarang keputusan. Fikirkan juga masa depan korang dan keluarga di kemudian hari. Kami yakin tak ada diantara kita yang mahu bekerja lagi bila dah lanjut usia kan?

Jadi tanpa sebarang keperluan mendesak simpanlah wang yang ada itu agar korang dapat menjalani hari-hari persaraan nanti tanpa dibebani masalah kewangan :)

 

SKIP THIS AD ×