berita

Pelajar 9 Tahun Buat Protes Beramai-Ramai Selepas Kantin Sekolah Berhenti Sediakan Susu Coklat – ‘Kembalikan Susu Coklat Kami!’

February 14th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Kerap kali aktiviti protes ataupun perhimpunan aman dilakukan sesebuah kumpulan apabila mereka ingin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sesebuah isu. Namun, siapa sangka, sekumpulan pelajar sekolah rendah berumur sembilan tahun membuat protes selepas susu coklat dikeluarkan daripada menu makan tengah hari.

‘Kami mahu susu coklat!’

Foto: Cleveland19

Sekumpulan pelajar sekolah rendah di California, Amerika Syarikat dilaporkan membuat protes selepas menu kegemaran mereka, susu coklat tidak lagi disediakan pada waktu makan tengah hari selepas pegawai nutrisi daerah membuat keputusan bahawa kandungan gula di dalam minuman tersebut tidak sihat.

Jelas pelajar yang terkesan dengan ketiadaan susu coklat ini, mereka akan membuat apa sahaja bagi menyampaikan isu tersebut kepada pihak atasan. Mereka dilihat berkumpul dan membuat protes di perkarangan sekolah sambil membawa sepanduk dan kain rentang.

Kami mahu susu coklat!

Kembalikan susu coklat kami!

Apa yang kita mahu? Susu coklat!

Protes mereka berakhir dengan pihak atasan ‘menyerah’ selepas mendengar luahan hati kumpulan kanak-kanak itu dan bersetuju untuk menjual susu coklat semula, namun hanya sekali dalam seminggu. Ketua kumpulan protes tersebut yang juga pelajar sembilan tahun, Jordan Reed berkata, dia bangga dengan usahanya yang membuahkan hasil.

Saya bangga, saya dapat kembalikan semula satu benda yang semua orang mahukan.

Sumber: Washington Post

SKIP THIS AD ×