berita

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Cari Internet Dalam Hutan Untuk Belajar Online, Hasil Siasatan Terbongkar Sebenarnya…

January 25th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia ini telah memberi pelbagai kesan terhadap kehidupan harian setiap individu termasuklah para pelajar. Berikutan daripada itu, para pelajar perlu menghadiri pembelajaran secara atas talian. Meskipun begitu, terdapat pelbagai ‘masalah’ yang dilalui oleh mereka sepanjang tempoh tersebut seperti masalah capaian internet dan sebagainya.

Terbaru, seorang pelajar didakwa telah dirogol ketika sedang belajar secara atas talian di dalam sebuah hutan.

Mangsa bersendirian dalam hutan

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Kompas TV, mangsa yang berusia 15 tahun dari negara Indonesia ini dipercayai telah pergi ke sebuah hutan secara bersendirian untuk mencari isyarat Internet bagi kelas online. Tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila dia didakwa telah menjadi mangsa rogol seorang lelaki berusia 23 tahun.

Menurut Pemangku Ketua Perhubungan Awam Polis Inhu, Aipda Misran, kali terakhir kejadian tidak berperikemanusiaan itu dilakukan oleh suspek adalah pada 10 Januari 2021 yang lalu.

Pada masa itu, mangsa sedang berada di sebuah kawasan tinggi bagi mendapatkan isyarat internet untuk melakukan kerja sekolahnya. Kemudian suspek telah datang dan merogol mangsa.

Apa yang lebih mengejutkan adalah ini bukan kali pertama mangsa dirogol tetapi dia dikatakan sudah dirogol berkali-kali oleh suspek sejak dari tahun 2020 lagi. Kejam!

Suspek ditahan polis

Hal ini hanya terbongkar selepas ibu mangsa melihat suspek sedang mencekik leher anaknya itu pada 17 Januari 2021 yang lalu. Menyedari kejadian tersebut, ibu mangsa kemudian memarahi suspek dan suspek segera meninggalkan rumah terbabit. Bimbang melihat keadaan mangsa, si ibu bertanya kepada anaknya apa sebenarnya yang berlaku.

Dengan perasaan yang penuh ketakutan, mangsa memberitahu ibunya bahawa suspek dikatakan sering memaksanya untuk melakukan hubungan seks. Setiap kali jika menolak, suspek akan mengugut untuk membunuh mangsa. Oleh kerana takut dengan ugutan tersebut, mangsa mendakwa telah menuruti segala permintaan suspek. Berikutan daripada laporan yang diterima, suspek telah pun ditahan oleh pihak polis untuk membantu siasatan.

Sumber: Kompas TV

SKIP THIS AD ×