Seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berdepan 5 pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu atas perbuatan merogol dua remaja perempuan bawah umur.
Artikel Berkaitan: Penceramah Bebas Bakal Didakwa 9 Pertuduhan Gangguan Seksual, Rogol Remaja 14 Tahun
Artikel Berkaitan: Hadapi 28 Pertuduhan, Bapa Durjana Mengaku Salah Rogol, Lakukan Seks Luar Tabii Terhadap Dua Anak
Merogol remaja perempuan di sekolah
Menurut laporan, pertuduhan satu hingga tiga dihadapkan atas dakwaan merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di 3 lokasi berbeza dalam kawasan sekolah menengah antara Mei hingga Jun lalu. Manakala, bagi pertuduhan empat dan lima, tertuduh didakwa melakukan kesalahan merogol seorang lagi remaja perempuan berusia 15 tahun di 2 lokasi berbeza di sekolah sama pada Mac dan Mei lalu.
Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 18 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Datin Surita Budin.
Difahamkan, tertuduh boleh dihukum bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan bagi kesemua 5 pertuduhan yang memperuntukkan hukuman penjara selama hampir 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Sementara itu, pelajar IPTA berkenaan yang tidak diwakili peguam telah tampil membuat rayuan kepada mahkamah melalui ibunya yang ingin membayar wang ikat jamin dan Surita membenarkan jaminan sebanyak RM12,000 bagi semua pertuduhan.
Turut difahamkan, sebutan semula kes ditetapkan pada 4 Januari 2023.
Sumber: Buletin TV3