Kaedah pembelajaran secara Open Distance Learning (ODL) dipraktikkan semenjak dunia dilanda pandemik Covid-19. Kaedah tersebut merupakan kaedah alternatif bagi memastikan para pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran. Namun, lain pula yang terjadi di Ohio, Amerika Syarikat, apabila seorang guru dirompak ketika melakukan kelas secara atas talian.
Dirompak ketika live
Foto: NY Post
Memetik laporan NY Post, mangsa yang dikenali sebagai Amanda Zupancic, ketika kejadian sedang membuat kelas secara atas talian menerusi aplikasi Zoom (aplikasi video) kepada pelajarnya. Namun, secara tiba-tiba dia dirompak oleh seorang penjenayah yang baru sahaja dibebaskan 36 hari dari penjara.
Ketika kejadian, mangsa bersendirian di rumahnya di Clevalan, dan dia mendengar bunyi gelas pecah sebelum melihat seorang lelaki yang sedang berjalan sambil memegang pisau di tangan. Tidak berakhir di situ, suspek sempat mengancam mangsa sebelum mengheretnya menuju ke bilik tidur di tingkat atas.
Para pelajarnya ketika itu menjadi saksi akan kejadian tersebut kerana talian Zoom tersebut masih aktif. Suspek ketika itu bertindak meminta mangsa untuk menyerahkan jam tangan dan cincin perkahwinannya. Ketika insiden itu berlaku, suaminya dan anaknya baru sahaja keluar dari rumah tersebut kira-kira 20 minit yang lepas.
Sudah ditahan
Sekadar gambar hiasan
Selepas suspek berjaya mendapatkan barang tersebut, suspek bertindak membawa mangsa turun ke tingkat bawah. Ketika itu, mangsa sempat melepaskan dua anjing peliharaannya. Apabila seeokor anjingnya bertindak menyerang suspek, Amanda mengambil peluang dengan mencapai gunting dan mengejar lelaki itu hingga ke pintu depan.
Saya mengejarnya dengan gunting sehingga ke jalan dan menjerit meminta tolong.
Mujur ada seorang kontraktor yang bekerja berhampiran rumahnya berjaya menahan suspek. Kini, suspek telah diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.
Sumber: NY Post