berita

Pelajar Malaysia Bunuh Diri Di Jepun, Kakak Mangsa Dedah Punca Sebenar

June 28th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Bermula dengan kes pembunuhan penyanyi Korea, Jong Hyun, pada Disember tahun lalu, orang ramai sudah mula mengambil serius mengenai masalah kemurungan. Meskipun dari luaran seseorang itu kelihatan ceria dan ramah, berkemungkinan dia mempunyai masalah depresi seperti yang berlaku kepada pelajar Malaysia di Jepun ini.

Menerusi laman Facebook, kakaknya mendedahkan adiknya, Mirza merupakan seorang yang ramah, suka senyum dan pintar. Namun setahun yang lalu, dia mula mengasingkan diri dan berhenti menyanyi sebelum membunuh diri.

Orangnya ramah, suka senyum dan pintar

Ramai antara anda yang mengingati adik saya, Mirza, sebagai seorang yang ramah, sentiasa senyum dan obses dengan semua benda berkaitan dengan Jepun. Miruza-kun fasih berbahasa Jepun sampai orang Jepun pun ingat dia separuh Jepun. Hidupnya nampak sempurna, dia tinggal di negara yang dia idamkan, belajar apa yang dia mahukan and buat semua yang dia angankan. Saya selalu panggil dia Miruza-chan and dia marahkan saya, disuruh saya panggilnya Miruza-kun, sebab dia bukan lagi budak kecil. Tapi saya akan sentiasa ingat dia sebagai budak 4 tahun yang suka menjelirkan lidahnya dah selalu dimarahi orang-orang tua sebab banyak sangat cakap.

Miruza-kun seorang kanak-kanak yang pintar, dia selalu bermain dengan alatan mainan mekanikal dan ‘programkan’ nya untuk lakukan sesuatu yang baru. Dia boleh bercakap dengan sesiapa pun tanpa rasa malu. Semasa dia di Perth, Miruza-kun menyapa seorang pelajar pertukaran dari Jepun dan mereka menjadi kawan selama beberapa tahun kerana pelajar itu terlalu gembira berjumpa orang sebayanya yang berbahasa Jepun di Australia. Miruza-kun selalu mendapat markah tinggi dalam peperiksaannya dan dia aktif dalam aktiviti ko-kurikulum. Semasa Miruza-kun di Jepun, dia menyertai sebuah ‘band’ dan belajar bermain gitar. Dia mempunyai kehidupan yang ‘sepatutnya disyukuri’.

Pada April 19, iaitu 2 bulan yang lepas, dia telah mengambil nyawanya sendiri.

Apa yang buat seorang yang ‘ceria’ seperti Miruza-kun bertindak begitu sekali?

Sebagai kakak kepada Miruza-kun, saya kenal dia sebagai semua yang diatas tetapi saya juga tahu tentang sisi nya yang sentiasa sedih dan murung, dia rasakan kalau dia melayan sangat perasaanya, dia seorang yang lemah. Semasa dia di sekolah rendah, dia selalu sakit perut dan tak mahu ke sekolah. Doktor katakan tiada apa-apa yang tak kena dengannya secara fizikal. Saya dapat tahu yang budak-budak lain mengejeknya sebab kulitnya gelap. Semakin Miruza-kun membesar, dia selalu terasa dengan benda-benda yang pada orang lain bukan benda yang besar. Bila Miruza-kun kemurungan, kami cakap atau buat apa saja pun takkan dapat buat dia ceria kembali. Bila dia dah sedia, barulah dia akan datang dekat kami.

Setahun lepas, Mirza mula asingkan diri

Beberapa tahun yang lepas, banyak benda buruk yang berlaku dalam keluarga kami, membuatkan kami jadi lebih rapat. Miruza-kun meluahkan perasaannya yang disimpan bertahun-tahun semasa kami berborak di telefon. Dia menceritakan yang dia pernah terfikir untuk bunuh diri tapi jangan risau, dia takkan buat betul-betul. Anda pernah dengar orang cakap macam tu? Anda pernah terfikir untuk buat macam tu?

Kira-kira setahun yang lepas, Miruza-kun mula mengasingkan diri. Dia menjual gitar-gitarnya, berhenti menyanyi dengan ‘band’nya dan juga tak mahu lagi ber’Skype’ dengan saya and seorang lagi kakaknya. Bila saya menelefonnya, saya akan cakap yang saya sayangkan Miruza-chan dan dia cakap yang dia tak boleh cakapkannya kembali sebab dia tak rasakan begitu. Saya cakap tak apa, saya tetap sayangkannya. Sepatutnya saya sedar yang dia telah mula mematikan emosinya. Saya mengingatkannya untuk mesej atau menelefon saya jika dia merasa kosong atau sedih. Saya juga mencadangkannya untuk berjumpa kaunselor di universiti tapi saya tak tahu jika dia pergi atau tidak.

Bertahun-tahun Miruza-kun berperang dengan kemurungan. Bertahun-tahun juga saya meminta ibu bapa saya untuk membawa nya ke doktor untuk diagnosis. Saya mengesyaki yang Miruza-kan depresi ataupun mempunyai autisme atau kedua-duanya sekali. Jadi, kalau anda rasa sesuatu tak kena dengan diri anda ataupun ahli keluarga anda, lebih baik periksa dan dapat tahu yang tiada apa-apa yang tak kena daripada membiarkannya semua terlambat.

Secara peribadinya dan melalui pengalaman sendiri, saya percaya yang seseorang yang depresi, jikalau mereka berterus-terang dengan diri sendiri dan bukan dalam penafian, mereka boleh mengesan simptom-simptomnya. Jika anda selalu rasa kosong dan fikirkan benda-benda yang buruk, tolong nilaikan keadaan mental anda. Perkara paling susah adalah untuk mengaku yang ada sesuatu yang tak kena dengan diri sendiri, tapi tak apa untuk mengaku, bermakna anda jujur dengan diri sendiri. Bila anda mendapat diagnosis, orang-orang di sisi anda boleh memberikan anda penjagaan dan sokongan yang sesuai. Jika anda ada masalah, ceritakan kepada seseorang yang anda percayai ataupun kepada seorang yang profesional jika anda rasa tidak mahu dihakimi oleh orang yang mengenali anda secara peribadi.

Jangan tunggu terlalu lama seperti Mirza

Jika anda mengesan simptom-simptom kemurungan pada adik-beradik anda, ibu bapa atau rakan-rakan rapat anda, tolong buat pemeriksaan DASS (Depression, Anxiety and Stress Scales) dan tolong mereka untuk mendapatkan bantuan profesional.

Saya percaya jika seseorang yang mengalami depresi mendapat bantuan yang sewajarnya: ubat, sokongan dan kaunseling, kita boleh bantu mereka mengelakkan kecenderungan untuk bunuh diri. Kita boleh beri sokongan sosial dah emosi dan dalam kes Miruza-kun, cegahkannya hidup bersendirian dan memberinya galakan untuk teruskan aktiviti-aktiviti yang digemarinya.

Anda mungkin melalui sesuatu yang meyakitkan dan mungkin juga ada orang yang melalui benda yang sama. Jika lebih ramai orang kehadapan dan mendapatkan bantuan, harapnya orang lain pun akan membantu diri masing-masing.

Jangan tunggu terlalu lama seperti Miruza-kun. Anda masih bernyawa, anda masih boleh mendapatkan bantuan dan dibantu. Dia cakap yang dia tak akan bunuh diri, tapi sekarang sudah terlambat untuknya. Tapi belum terlambat untuk anda, anda masih hidup, hidup anda mungkin teramat mencabar pada masa ini, tapi anda masih bernafas, masih ada harapan. Dengan sokongan yang betul, hidup anda akan menjadi lebih baik, percayalah!

Ini adalah pernyataan peribadi saya, tiada kena mengena dengan ahli keluarga saya yang lain. Jadi, saya mohon kerjasama semua tolong jangan tanya kepada ahli keluarga saya yang lain tentang hal ini lagi. Kalau anda ada persoalan, boleh PM saya seorang sahaja. Percayalah, kalau boleh putar balik masa, kami semua akan lakukan yang terbaik buat Miruza-kun.

Saya harap kenalan-kenalan Miruza-kun akan ingat memori-memori yang indah bersamanya dan doakan Allah memberikan belas kasihan terhadap ruhnya.

Saya akan ‘post’ lagi tentang Miruza-kun dan kesihatan mental.

Jika anda ada cerita atau gambar-gambar Miruza-kun yang nak dikongsikan bersama saya, sila PM saya. Saya berbesar hati mahu mendengar semuanya. Terima kasih.

Sila dapatkan borang dan markah DASS dihttp://www2.psy.unsw.edu.au/dass/Malaysian/Malaysian.htm

Dia diejek di sekolah rendah

Terima kasih semua kerana ‘share post’ saya mengenai adik saya, Mirza. Saya benar-benar berharap ia akan memainkan peranan, walau sedikit mana pun, untuk mengurangkan stigma terhadap masalah dan penyakit mental. Untuk orang berbincang mengenainya, sedar samada orang-orang yang rapat dengan mereka memerlukan sokongan mereka dan sedar samada diri mereka sendiri perlukan bantuan, lagi-lagi kaum lelaki yang memang cenderung untuk menyorokkan perasaan mereka.

Simptom depresi atau kemurungan adalah berlainan dalam setiap individu. Apa yang saya kongsikan sebelum ini cuma SEBAHAGIAN yang saya perhatikan pada Miruza-kun. Dia diejek ketika di sekolah rendah, membuatkan saya percaya bahawa insiden itu mencetuskan lingkaran kemurungannya kerana sebelumnya, Miruza-kun seorang kanak-kanak yang amat ceria. Tetapi, banyak perkara lain yang berlaku pada tahun-tahun berikutnya yang membuatkan dia kemurungan. Miruza-kun dihantar ke sekolah berasrama penuh di sekolah menengah. Dia sukakan sesetengah aspek sekolah berasrama penuh, tetapi dia tidak mahu terus tinggal disitu.

Komen menyakitkan hati dari ‘rakan’

Miruza-kun meningkat remaja, dia menghadapi kemurungan ditambah dengan cabaran-cabaran melalui fasa akil baligh. Kemudian, dia ke universiti, dia berhadapan dengan rintangan-rintangan baru; pelajaran, masalah-masalah keluarga, teman wanita, pekerjaan dan kehidupan sosialnya. Itu pun saya ketahui setelah saya pujuk dia untuk memberitahu saya, walaupun saya tahu dia tak suka saya mengorek rahsianya. Saya tidak mahu dia menjauhi saya jadi saya cuma cadangkan, bukannya memaksa, yang dia berjumpa dengan kaunselor. Dia beritahu saya yang memang dia ada terfikir untuk pergi dan mungkin dia akan pergi. Tapi saya tidak terfikir untuk tanya lagi selepas itu…

Perkara lain yang saya perasan adalah Miruza-kun amat senang membuat kawan, tapi selepas beberapa lama, dia akan risaukan samada rakannya rimas dengannya, dan Miruza-kun mula menjauhkan diri, membuatkan rakan-rakannya tertanya-tanya apa sebenarnya terjadi. Beberapa orang rakannya menyedari yang dia telah ‘deactivate’ profil Facebooknya. Tapi sebenarnya dia memang selalu berbuat begitu. Ini kerana setiap kali Miruza-kun ‘post’ sesuatu, contohnya, gambar-gambar dari konsertnya, ‘rakan-rakan’nya meninggalkan komen yang menyakitkan hati, seperti, ‘wei, ingat Allah lah wei’, membuat andaian dan kesimpulan yang kerana Miruza-kun menyanyi dalam ‘band’, Islamnya kurang bagus dari yang mengomen. Komen-komen begitulah yang buat Miruza-kun rasa bersalah dan menyebabkan konflik dalam dirinya. Miruza-kun merupakan seorang yang mengamalkan ajaran Islam, menjaga solat dan hubungannya dengan Allah. Tetapi, disebabkan komen-komen daripada pembuli-pembuli tersebut, membuatkannya merasa dirinya tak cukup ‘baik’.

Di dalam dunia yang ideal, setiap orang akan berfikir berulang-kali sebelum meninggalkan komen di ‘post’ orang lain, lagi-lagi di ‘page’ mereka sendiri. Kalau mungkin mengguris perasaan, mereka tidak akan komen langsung. Tapi di dalam era globalisasi ini, di mana media sosial meguasai dunia, tak mungkin kita dapat menghentikan kata-kata orang. Apa yang kita boleh harapkan cuma rasa empati.

David Verolme

Sumber : Nur Brkich 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×