berita

Pelajar Malaysia Ditemui Mati, Dipercayai Dibunuh Di Taiwan

October 15th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Malang nasib yang menimpa seorang pelajar Malaysia, yang dikenali sebagai Cai, apabila dipercayai mati dibunuh oleh seorang lelaki di Taiwan.

Keluarga dah terbang

Memetik laporan TheStar, keluarga wanita warga Malaysia yang berumur 24 tahun itu telah berlepas ke negara itu bagi menguruskan urusan pengebumian.

Menurut Pengarah bahagian akhbar dan media Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei (Teco), Benjamin Hong Zheng-bin berkata, keluarga Cai telah menyelesaikan semua prosedur yang diperlukan untuk pergi ke Taiwan serta-merta selepas dimaklumkan.

Bagaimanapun, keluarga mendiang enggan mendedahkan kepada umum atas sebab peribadi.

Jadi, kami tidak akan berkongsi mengenai perjalanan mereka.

Dalam pada itu, Hong menyatakan Teco telah membuat persiapan untuk membantu keluarga mangsa sebaik sahaja tiba di Taiwan.

Memandangkan rakyat Malaysia tidak perlu memohon visa atau mematuhi kuarantin semasa tiba di Taiwan, Hong berkata keluarga itu boleh mengendalikan urusan pengebumian dengan segera.

Pada Khamis lalu, media tempatan melaporkan seorang pelajar Malaysia, yang nama keluarganya dikenali sebagai Cai, ditemui mati di apartmennya di Taipei.

Terdapat tanda-tanda mangsa mati disebabkan dicekik.

Sebelum ini, polis Taipei menerima maklumat bahawa seorang lelaki bernama Chen, 30, yang terlebih mengambil dos ubat mengaku kepada paramedik bahawa dia telah mencekik seorang wanita di Jalan Dadong di daerah Shilin, Taipei City.

Polis kemudiannya menemui mayat Cai di pangsapuri. Manakala Chen, yang dimasukkan ke unit rawatan rapi sebuah hospital telah sedarkan diri.

Bagaimanapun, keadaannya masih tidak stabil untuk dirakamkan kenyataan. Polis Taipei berkata siasatan masih sedang dijalankan.

Menurut Sin Chew Daily, Cai, yang berasal dari Serdang, Selangor, telah pergi ke Taiwan untuk belajar di Universiti Ming Chuan.

Mendiang juga pernah bekerja sebagai model dan ‘live streamer’.

Sumber: TheStar

SKIP THIS AD ×