berita

Pelajar Malaysia Pertama Terima Anugerah Tertinggi, Anak Jati Kedah Ini Banggakan Negara

May 9th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Satu pencapaian yang sangat luar biasa! Itu perasaan kami apabila menerima khabar gembira mengenai seorang pelajar pintar ini.

Menerusi Laporan Kosmo, seorang pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), telah menerima pengiktirafan tertinggi dalam bidang kejuruteraan di Pennsylvania State Universiy, Amerika Syarikat.

Dianugerahkan Marshal Kehormat

Menurut kenyataan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), seorang pelajar Malaysia, yang dikenali sebagai Muhamad Saiful Hakimi Daud, telah menerima anugerah Marshal Kehormat Kejuruteraan College of Earth and Mineral Sciences, di Pegula Ice Arena bersempena majlis konvokesyen baru-baru ini.

Beliau merupakan pelajar Malaysia pertama yang dipilih untuk menerima anugerah itu dengan skor penuh Purata Nilai Gred Kumulatiff (PNGK) 4.0.

Anak jati Kedah itu turut menerima pujian khas daripada wakil Pennsylvania State University, kerana memperoleh keputusan yang cemerlang terhadap akademik seta mempunyai ciri kepimpinan yang tinggi.

Foto dan ucapan tahniah

Jabatan Perkhidmatan Awam, turut mengucapkan tahniah buat Muhamasd Saiful menerusi Facebook rasmi Jabatan tersebut.

Reaksi netizen

Rata-rata netizen kagum dengan pencapaian Saiful. Mereka mendoakan impian dan cita-citanya tercapai.

Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam & Kosmo

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×