Pelaksanaan Open Distance Learning (ODL) digunakan kebanyakan negara berikutan penutupan sekolah demi mengekang wabak Covid-19 bagi meneruskan sesi pembelajaran.
Ini kisah malang seorang kanak-kanak perempuan di Jakarta, Indonesia, apabila didera ibunya sampai mati berpunca daripada sukar untuk memahami dan mengikuti pelajaran secara atas talian.
Kurang faham dengan apa yang disampaikan
Gambar sekadar hiasan
Ketika kejadian, budak perempuan yang berusia 8 tahun itu sukar memahami dan dapat menangkap apa yang disampaikan oleh gurunya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Budak itu juga sedang menyiapkan kerja sekolahnya secara atas talian sebelum suspek bertindak di luar kawalan. Mangsa ketika itu hanya blur dan sukar mendapatkan apa yang telah diajar oleh gurunya.
Menurut Ketua Unit Siasatan Jenaya Polis Lebak, David Adhi Kusuma suspek yang berusia 26 tahun mengaku telah melakukan perbuatan tersebut di rumah mereka di Larangan, Kota Tangerang.
Pukul guna penyapu
Gambar sekadar hiasan
Ibunya yang berumur 26 tahun, bertindak mencubit dan memukul mangsa dengan menggunakan penyapu kerana tidak sabar terhadap anaknya yang tidak faham. Akibat penderaan itu, mangsa tersungkur dan sesak nafas, tidak terhenti di situ ibunya terus memukul belakang anaknya sebanyak 3 kali dengan menggunakan penyapu.
Budak perempuan tersebut telah dicubit dan ditampar di bahagian paha, dan menggunakan penyapu untuk memukul di bahagian kaki, paha, betis dan tangan.
Bapa kepada budak tersebut bertindak untuk memarahi isterinya selepas mengetahui kejadian yang berlaku sebelum membawa anak mereka keluar untuk mengambil angin.
Mati dalam perjalanan
Gambar sekadar hiasan
Pasangan suami isteri itu bertindak membawa anaknya untuk keluar mengambil angin segar dengan harapan untuk memulihkan masalah sesak nafas yang dialami budak tersebut. Namun, tindakan tersebut menjadi sia-sia apabila anak mereka meninggal dunia dalam perjalanan.
Budak perempuan tersebut ditanam sendiri oleh kedua-dua ibu bapanya, berikutan panik dengan apa yang telah terjadi. Rahsia pasangan ini mula terbongkar apabila penduduk setempat curiga dengan kemunculan kubur baharu selepas 2 minggu kejadian itu berlaku.
Kini pasangan tersebut telah ditahan bagi tindakan dan siasatan selanjutnya.
Sumber: Kompas