Sejak beberapa hari ini, kecoh di media sosial mengenai kematian seorang pelajar cemerlang di Indonesia yang dipercayai akibat terjatuh dari tingkat 8 bangunan sekolahnya,
Terjun dari tingkat lapan?
Pada hari kejadian iaitu pada 24 Mei lalu, mangsa yang dikenali sebagai Basman Nafa Yasykura berusia 15 tahun dikatakan enggan pergi ke sekolah namun Basman hanya menuruti selepas dipaksa oleh ibunya. Akan tetapi, Basman dikatakan tidak tiba di sekolah. Salah seorang guru telah menghubungi ibu Basman untuk bertanyakan keberadaan pelajar cemerlang itu.
Ibu Basman yang mula panik bertindak memeriksa GPS dan ia menunjukkan Basman berada di wilayang Taeng, Gowa yang jaraknya 17 kilometer dari sekolahnya. Bapa Basman kemudian menuju ke kawasan tersebut namun tidak lama kemudian, mereka menerima panggilan daripada pihak sekolah memaklumkan Basman telah dikejarkan ke hospital selepas terjatuh dari tingkat lapan bangunan sekolah.
Beg sekolah direndam dalam baldi
Pihak sekolah mendakwa Basman telah pergi ke tingkat lapan dan menggunakan tangga sebelum membunuh diri. Tetapi apa yang menimbulkan kecurigaan mengenai kematian tersebut adalah kerana beg sekolah Busman ditemui di dalam baldi dan kasutnya juga ditemukan di tempat yang berbeza.
Bukan itu sahaja, sekiranya benar Basman terjun dari tingkat lapan mengapa kepalanya tidak mengalami kecederaan sebaliknya hanya terdapat kesan lebam dan kecederaan pada kuku sahaja. Malah, gelanggang bola tempat mayat Basman ditemui tidak mempunyai kesan darah. Lebih mencurigakan apabila semua kamera litar tertutup (CCTV) di aras lapan tidak berfungsi. Pihak sekolah memberitahu bahawa CCTV itu rosak akibat angin kencang.
Ibu bapa Basman percaya pasti ada perkara lain yang berlaku di sebalik kematian anak lelaki mereka itu. Oleh hal demikian, mereka berharap agar pihak polis menjalankan siasatan lebih terperinci mengenai kejadian tersebut.
Sumber: Tribunnews, Soulsel