berita

Pelajar MMU Kongsi 8 Strategi Mudah Belajar Di Musim Pandemik. Korang Kena Cuba!

January 5th, 2021 | by Sya Alkaf
Insiprasi

Kami faham belajar secara dalam talian dari rumah boleh jadi agak mencabar bagi sesetengah pelajar. Kalau nak dibandingkan suasana di kampus memang jauh lebih kondusif, berbeza rasanya dengan belajar dari rumah.

Jadi di sini, Muhammad Shahril Nizam bin Abdullah, Pelajar dari Fakulti Kejuruteraan dan Siti Jamila Syuhada Jailani, Pelajar dari Fakulti Perniagaan, Multimedia University (MMU) nak kongsikan 8 tips belajar yang boleh korang amalkan untuk sesi pembelajaran dari rumah yang lebih produktif.

1. Bangun awal dan bersiap seperti rutin kebiasaan ke kelas.

Pupuk semangat dengan bangun pagi dan bersiap kemas seperti mahu ke kelas betul-betul. Secara tak langsung korang akan jadi lebih bersemangat bila dah bersiap. Jangan sesekali mulakan kelas online korang dengan baju tidur je.

Memanglah kadang-kadang orang lain tak nampak sebab kebanyakkan masa kamera korang dimatikan. Tapi semangat tu tak sama geng, kalau dah bersiap cantik-cantik ni feel dia lain sikit bila nak belajar.

2. Siapkan assignment tepat pada masanya!

Jangan bertangguh bila ada tugasan yang perlu disiapkan, lagi lama korang tangguh nanti lagi malas nak buat tau! Kalau korang rasa macam tak berapa nak bersemangat untuk selesaikan tugasan, dapatkan sokongan dari kawan-kawan secara dalam talian atau curi masa untuk keluar berjumpa teman-teman sekejap.

Tapi SOP kena jaga ya bila di luar tu!

3. Reka ruang belajar yang bersesuaian dengan keselesaaan.

Ruang belajar memainkan peranan penting bagi memastikan korang dapat belajar dengan baik. Jadi, hiaskanlah ruang belajar korang mengikut keselesaan.

Korang boleh juga reka ruang yang lebih kurang sama dengan ruang belajar semasa di kampus ataupun mengikut apa-apa tema kesukaan korang. tak kisahlah apa pun konsepnya yang penting bila belajar tu rasa senang je nak faham.

4. Pastikan ada ‘me time’ dan amalkan study-life balance 

Sekiranya penat, jangan berhenti sebaliknya rehatlah sebentar dan sambung semula sesi pembelajaraan korang.  Luangkan juga masa untuk dihabiskan bersama keluarga dan rakan-rakan. Jadi, tak adalah korang stress asyik nak kena belajar je 24 jam.

Selain tu, dapatkan ganjaran untuk diri sendiri setelah mengharungi minggu yang memenatkan! Haa self-reward ni penting tau bagi memastikan korang sentiasa bersemangat untuk belajar.

5. Cari peluang untuk sertai pertandingan secara dalam talian

Sebagai contoh Shahril menyertai pertandingan debat dan Jamila menyertai Hult Prize pertandingan perniagaan yang dijalankan secara dalam talian saja.

Debat Piala Perpaduan Negara 2020

Korang pun bolehlah mula sertai pertandingan yang universiti korang anjurkan okay? Bukan je korang dapat timba ilmu malah dapat pengalaman baru untuk diisi ke dalam resume!

6. Bersenam di rumah!

Kalau dulu warga MMU boleh habiskan masa bersenam di gim, kolam renang atau stadium, sekarang mesti rasa sedikit berbeza bila dah di rumah kan?

Kemudahan gym, kolam renang dan stadium di MMU

Haa jangan jadikan duduk rumah sebagai alasan tak boleh bersenam ya! Amalkan untuk bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu bagi memastikan badan korang sentiasa cergas!

7. Dapatkan mentor dan biasakan pembelajaran sendiri

Apa kata explore skill baru yang mungkin korang sendiri tak tahu korang ada ataupun sertai online training course dan dapatkan mentor yang boleh guide korang. Tak rugi kalau korang asah bakat dan skill yang terpendam tu. Mana tahu skill inilah yang akan membantu korang di alam pekerjaan sebenar nanti!

8. Pengurusan masa perlu dititik beratkan

Bahagikan masa dengan betul agar korang dapat mengimbangi segala aktiviti lain dan sesi pembelajaran dengan baik. Seaktif mana pun korang dalam bidang lain, ingat pembelajaran harus diutamakan!

Shahril dan Jamila mengamalkan prinsip masa itu emas, jadi ia tidak boleh dibazirkan dengan sewenang-wenangnya kerana masa yang dah berlalu tak boleh digantikan semula.

Bicara Persada Multimedia

Selari dengan keadaan semasa MMU tampil mengadakan sesi live streaming ‘Bicara Persada Multimedia’ bagi memudahkan kesemua warga MMU mengikuti sesi bual bicara tersebut dari rumah masing-masing.

Mengangkat tema ‘Belia Holistik Nadi Pembangunan Negara’ sesi ini memberi ruang dan peluang buat para pelajar bertanyakan soalan kepada Shahril dan Jamila di mana kedua-duanya merupakan pelajar kebanggaan MMU.

Sepanjang sesi ini berlangsung, banyak pengalaman menarik dikongsikan mereka selama bergelar pelajar untuk dijadikan inspirasi buat warga MMU yang lain. Shahril dan Jamila juga mengajak semua pelajar untuk sentiasa merebut peluang yang ada agar dapat dijadikan batu loncatan untuk mencapai cita-cita.

https://www.facebook.com/mmumalaysia/videos/835154827279841

MMU ada lebih 10 Fakulti untuk korang pilih!

Buat korang yang ada perancangan nak sambung belajar tapi masih keliru nak mendaftar di universiti mana, apa kata korang ke MMU! Di sini bukan saja ada tenaga pengajar yang berpengalaman malah ada 10 fakulti untuk korang pilih termasuk kejuruteraan, undang-undang, pengurusan dan banyak lagi!

Kampus utama MMU terletak di Cyberjaya, sementara dua cawangan yang lain berada di Melaka serta Johor. Buat para pelajar yang layak, korang juga boleh memohon biasiswa untuk mengikuti pembelajaran di sini.

Untuk korang yang berminat nak mendapatkan maklumat lanjut mengenai MMU, sila layari laman web rasmi mereka ataupun terus je ke laman Facebook rasmi MMU Malaysia.

Nak lagi best, bercakap sendiri lah dengan kaunselor pendidikan MMU, booking slot siap-siap melalui https://www.mmu.edu.my/book-an-appointment/. Diorang mesti layan punya!

SKIP THIS AD ×