berita

Pelajar Muntah, Pengsan Selepas Makan Bubur Diracun Guru Sekolah

September 30th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Tak dapat dibayangkan perasaan seorang ibu apabila mendapati anaknya meninggal dunia di taska. Kejadian yang berlaku di China pada 27 Mac tahun lepas akhirnya mendapat balasan setimpal apabila mahkamah China telah menjatuhkan hukuman mati terhadap guru taska tersebut.

Racun 25 pelajar

Seorang guru taska di China telah meracuni 25 kanak-kanak di dalam guru kelasnya. Salah seorang kanak-kanak yang diracun meninggal dunia di hospital pada bulan Januari selepas 10 bulan berada di hospital. Guru yang dikenali sebagai Wang Yun ditangkap tahun lalu selepas kanak-kanak di sebuah tadika itu dikejarkan ke hospital selepas diberi bubur. Mahkamah mengatakan bahawa dia memasukkan natrium nitrit dalam sarapan pelajarnya gara-gara tidak berpuas hati dengan pengurusan pihak sekolah.

Insiden ini mengejutkan ramai orang dan mencetuskan berita utama global. Pada masa itu dilaporkan 23 kanak-kanak mula muntah dan pengsan sebaik sahaja makan sarapan mereka. Guru tersebut ditahan selepas pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu telah diracun. Pada hari Isnin sebuah mahkamah tempatan di Jiaozuo menjatuhkan hukuman mati kepada Wang.

Pernah racun suami sendiri

Natrium nitrit sering digunakan sebagai bahan tambahan makanan untuk mengawet daging tetapi boleh menjadi toksik dalam jumlah tinggi. Mahkamah juga mengatakan ini bukan kali pertama Wang meracuni orang, merujuk kepada kejadian sebelumnya di mana dia membeli nitrit dalam talian untuk meracuni suaminya sendiri. Wang memasukkan bahan kimia itu ke dalam botol air yang digunakan oleh suaminya, yang dikenali sebagai Feng pada 19 Februari 2017 selepas pasangan itu mengalami beberapa konflik keluarga.

Mahkamah Rakyat Menengah Jiaozuo menjatuhkan hukuman mati kepada Wang Yun selepas menggabungkan hukuman kedua-dua jenayah tersebut.

Tertuduh harus dikenakan hukuman yang lebih keras, kerana dia tahu bahan kimia itu membahayakan kesihatan orang, tetapi masih menggunakannya untuk kali kedua setelah dia melihat suaminya cedera dalam keracunan.

Menurut mahkamah, jenayah dilakukan Wang itu sangat kejam dan tadika juga harus membayar pampasan sivil kepada mangsa. Pihak tadika bertanggungjawab sepenuhnya kerana memberi kepercayaan kepada Wang.

Semasa perbicaraan kes pada bulan Julai, Wang mengaku bersalah dan menunjukkan kesediaannya untuk membayar mangsa, dengan mengatakan bahawa dia secara tidak sengaja membahayakan anak-anak dan tidak tahu mereka akan sakit setelah makan bubur dengan bahan kimia tersebut.

Sumber : BBC, AsianOne 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×