Sumber foto: BERNAMA
Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin bersyukur kesemua pelajar dan petugas sekolah Afwa Al Afiyah di Gaza, Palestin yang dibangunkan menerusi Yayasan Nurjiwa berada dalam keadaan baik dan selamat sampai di selatan negara itu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tangga Pertama Tak Penting Pun, Kerja Berkualiti & Peminat Puas Hati Lebih Gembirakan Saya’ – Siti Nurhaliza
Artikel Berkaitan: Aina Abdul Malu Peminat ‘Bercakar’, Dakwa Dirinya Layak Bergelar ‘Penyanyi Nombor 1’ Gantikan Siti Nurhaliza
Sekolah selamat
Siti berkata dia bersyukur kesemua pelajar dan petugas sekolah Afwa Al Afiyah di Gaza, Palestin yang dibangunkan menerusi Yayasan Nurjiwa berada dalam keadaan baik dan selamat sampai di selatan negara itu.
Jelas Siti buat masa ini hasil sumbangan rakyat Malaysia menerusi yayasan itu masih dapat terus diberikan walaupun dalam keadaan yang sangat meruncing memandangkan wakil yang juga kenalannya, Dr Mohanad masih selamat dan mampu mengendalikan sumbangan tersebut.
Katanya lagi, tumpuannya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa kini bagi memberi bantuan keperluan asas termasuk makanan, air bersih dan selimut untuk penduduk di sana menerusi yayasan berkenaan.
Sekolah itu mempunyai lebih 100 pelajar sekolah berumur seawal usia lima hingga lapan tahun dengan lebih 10 petugas yang masih meneruskan tugas mereka yang kini tertumpu kepada kerja amal untuk penduduk yang berada di selatan Gaza.
Tambah pelantun lagu Cindai itu, Dr Mohanad ada memaklumkan sebelum mereka bertolak ke selatan Gaza, keadaan sekolah Afwa Al Afiyah itu masih selamat daripada bedilan bom atau serangan tentera Zionis Israel.
Katanya setiap hari Dr Mohanad akan berulang alik dari tempat tinggal mereka ke hospital berdekatan untuk mendapatkan liputan Internet bagi berkongsi status mereka di sana untuk memastikan dia dan suami tidak risau akan keadaan mereka.
Sepanjang dua tahun sekolah ini beroperasi, ia melindungi kebanyakannya anak-anak yatim piatu. Namun syukur, walaupun Yayasan Nurjiwa tidak sebesar berbanding badan pertubuhan amal yang lain, kita dapat berikan bantuan terus kepada anak-anak di sana.
Jumlah korban akibat serangan berterusan tentera penceroboh Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt sudah melepasi angka 11,540 termasuk lebih 8,000 wanita dan kanak-kanak manakala 28,200 lagi cedera, menurut Kementerian Kesihatan Palestin pada Isnin.
Siti berkata selain bantuan untuk rakyat Palestin, Yayasan Nurjiwa yang ditubuhkan sejak 2006 itu turut membantu mangsa banjir, golongan asnaf dan bantuan persekolahan dan perubatan untuk golongan kurang berkemampuan di Malaysia.
Sumber: BERNAMA