berita

Pelajar Sekolah Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja Maut Digilis Lori

May 10th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Malang nasib yang menimpa seorang pelajar sekolah menengah yang dilaporkan maut selepas motor yang dinaiki mangsa bertembung dengan sebuah kenderaan sebelum digilis oleh lori di Jalan Keretapi Lama, Kapar, Selangor semalam.

Pelajar SPM meninggal dunia

Foto: Kosmo

Menerusi laporan Kosmo, kejadian tersebut berlaku kira-kira 5.50 petang dan mangsa, Naufal Danish Md. Nor, 17 tahun dipercayai melecur di bahagian kaki berikutan terkena kesan api daripada motosikal ditungganginya yang terbakar akibat insiden itu.

Mangsa bagaimanapun dilaporkan mengalami cedera parah di bahagian perut sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ujar Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao hasil siasatan mendapati kemalangan tersebut berlaku ketika mangsa dalam perjalanan menuju ke tempat kerja sambilannya dan dia ketika itu menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda 115Z sebelum bertindak memotong lori yang berada di hadapannya.

Mangsa kemudianya bertembung dengan kenderaan lain yang tidak dikenal pasti dari arah bertentangan sebelum bergesel dan jatuh serta digilis lori tersebut.

Meninggal di tempat kejadian

Sekadar gambar hiasan

Ujar S. Vijaya Rao lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Surihan Samsudin di talian 013-2082327 dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987

Akibat kemalangan itu, motosikal mangsa terbakar keseluruhannya dan remaja itu yang melecur di kaki diangkat orang awam ke bahu kiri jalan.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×