berita

Netizen Hantar Mesej Lucah Kait Nama Arwah Mak & Isteri, Ali Puteh Mahu Buat Laporan Polis

February 15th, 2023 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Selepas pendedahan balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali, pelawak Ali Puteh terus-menerus dikecam oleh warganet di media sosial.

Artikel Berkaitan : Hidayah Abam Persoal Tindakan Ali Puteh Padam Video, Tetap Tuntut Bayaran RM60,000

Artikel Berkaitan : [VIDEO] Hidayah Abam Sedih Tak Boleh Masuk Rumah Arwah, Gesa Ali Puteh Cepat Bayar RM60,000

Artikel Berkaitan : Selepas Hidayah Abam Pulang, Ali Puteh Dakwa Jumpa Garam Kasar & Bangkai Mengkarung Di Luar Rumah

Mesej lucah

Terbaru, Ali mendedahkan dia menerima kiriman mesej berbaur hinaan dan lucah daripada individu yang tidak dikenali di aplikasi WhatsApp.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), pelawak berumur 33 tahun kesal apabila nama arwah ibunya, Sabariah Arshad dan isteri tercinta, Melati Fitri Abdullah terpalit sekali.

Hmm sedih saya. Sampai begini makian orang pada arwah mak saya dan isteri. Boleh jumpa kan insan ini.

Susulan itu, pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan menegaskan dia bakal membuat laporan polis bagi memberi pengajaran.

Saya akan ke balai polis untuk cover report. Insya-Allah pasti jumpa insan ini.

Pada Jumaat minggu lalu, Hidayah meluahkan rasa kecewa apabila kehadiran dirinya bersama keluarga dan peguam ke rumah arwah di Gombak, Selangor, tidak disambut baik.

Cerita Hidayah, dia tersidai di luar kerana tidak ada sesiapa pun yang membuka pintu rumah.

Selepas Hidayah pulang, Ali mendakwa kakak iparnya itu meninggalkan beberapa barang seperti garam kasar, daun bidara, kulit limau serta bangkai mengkarung dipercayai untuk upacara ritual tertentu.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×