berita

Pelajar Universiti Jadi ‘Bapa Ayam’, Ditahan Sedang Urus Pelanggan Di Kota Bharu

December 5th, 2018 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Kegiatan pelacuran yang didalangi seorang pelajar lelaki universiti swasta di Pahang tumpas apabila dia ditahan polis malam tadi. Dimaklumkan lelaki yang berasal dari Cheras Kuala Lumpur itu merupakan penuntut tahun kedua dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sumber Manusia.

Menurut laporan Kosmo! Online, bersama lelaki tersebut tiga lagi wanita ditahan di dalam dua serbuan berlainan.

Bergerak dari satu negeri ke negeri yang lain

Menurut Pegawai Turus D7 Kelantan, Asisten Superintendan Mat Zol Ismail, modus operandi yang digunakan oleh kumpulan ini ialah dengan menawarkan perkhidmatan seks di WeChat berhampiran rumah-rumah tumpangan di sekitar Kota Bharu.

Bersamanya kita merampas sebuah relefon bimbit, segugus kunci apartmen serta satu beg mengandungi wang tunai bernilai RM1,900.

Selain itu, bersama tiga wanita tersebut kita merampas 44 kondom, minyak pelincir, tiga telefon bimbit serta wang tunai RM2,925 dipercayai wang hasil pelacuran.

Siasatan juga mendedahkan tiga wanita ini menjalankan aktiviti pelacuran secara persendirian atau freelance. Mereka akan bergerak dari satu negeri ke negeri yang lain bergantung kepada permintaan.

Mereka akan meminta wang RM300 bagi sekali perkhidmatan. Selepas tawar-menawar melalui WeChat, pelanggan yang bersetuju perlu membayar deposit dahulu sebelum diberikan lokasi pertemuan untuk melakukan hubungan seks.

Di dalam serbuan pertama, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan berdekatan lif tingkat satu apartmen di Lorong Minyak Gas.

Di serbuan kedua dan ketiga pula, polis menahan tiga lagi wanita dalam lingkunan 27 sehingga 40 tahun masing-masing berasal daripada Pulau Pinang, Sarawak dan Melaka.

Sumber : Kosmo! Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×