Penuntut sebuah universiti maut dipercayai terjatuh dari tingkat 34 sebuah kondominium di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, semalam.
Mahu ambil sehelai baju
Menerusi laporan Harian Metro, pelajar berusia 18 tahun itu dipercayai mahu mengambil pakaiannya di balkoni sebelum terjatuh. Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya memberitahu, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada 8.17 malam.
Tambah Dellhan, mayat remaja itu ditemukan di tingkat bawah bangunan setinggi 39 tingkat berkenaan.
Hasil soal siasat dua saksi kejadian mendakwa remaja terbabit ingin mengambil sehelai baju-T yang terjatuh di kaki lima balkoni. Dia dikatakan bertindak memanjat sebuah meja dan kemudian memanjat pagar balkoni. Mangsa hilang keseimbangan dan terjatuh ke bawah.
Berikutan daripada itu, mayat remaja tersebut dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Siasatan lanjut juga sedang dijalankan.
Sumber: Harian Metro