berita

Pelakon Didakwa Bercinta Dengan Isteri Orang, Si Kekasih Kini Sudah Sah Bercerai?

May 15th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-05-15 at 11.54.57 AM

Jika disebut nama sebenar pelakon ini, nescaya ramai yang mengenalinya. Boleh dikategorikan sebagai aktor senior, lakonan jejaka ini dalam setiap naskhah yang dipertanggungjawabkan kepadanya tidak pernah mengecewakan.

Bagaimanapun, nama pelakon ini mula menjadi buah mulut orang ramai apabila dia dikatakan menjalin hubungan cinta dengan isteri orang.

Namun, jejaka itu dilihat mengambil langkah untuk tidak memberi sebarang komen kepada pihak media mengenai status sebenar kekasihnya itu.

Terkini, menurut sumber-sumber terapat, kekasihnya itu dikatakan sudah pun sah bercerai dengan suaminya kira-kira dalam sebulan yang lepas.

Dengar khabarnya, bekas suami kepada wanita itu pun bukan daripada kalangan orang biasa-biasa. Namun, ajal maut jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT.

Cuma, yang menjadi persoalan, adakah si pelakon ini sememangnya menjalinkan hubungan cinta semasa status wanita tersebut masih bergelar isteri orang?

Anda nak tahu? Hanya pasangan sejoli itu sahaja yang mampu menjawab tanda tanya tersebut.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×