Pelakon Dalyce Curry atau lebih dikenali sebagai ‘Momma D’ dilaporkan meninggal dunia akibat kebakaran yang melanda di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Artikel Berkaitan: ‘Tangan Terketar-Ketar Nak Packing Barang Masa Dapat Notifikasi Kena Pindah Serta-Merta’ – Jasmine Suraya
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jasmine Suraya Berdepan Detik Cemas Akibat Kebakaran Hutan Di Los Angeles – ‘Saya Naik Ke Bumbung Periksa Keadaan’
Artikel Berkaitan: Kediaman Hangus Dijilat Api, Paris Hilton Antara Artis Terjejas Tragedi Kebakaran Hutan Di Los Angeles
Rumah musnah
Pelakon yang berusia 95 tahun itu dilaporkan meninggal dunia selepas rumahnya di Altadena musnah berikutan kebakaran Eaton Fire yang berlaku. Mayat Curry ditemui oleh pasukan penyelamat pada hari Ahad lalu.
Memetik laporam Daily Mail, Curry terkenal menerusi filem The Blues Brothers dan peranannya dalam The Ten Commandments dan Lady Sings the Blues. Di samping itu, mendiang merupakan salah seorang pelopor dalam komuniti Old Black Hollywood pada era 1950-an yang membawa pengaruh besar kepada dunia seni.
Terdahulu, kebakaran Eaton Fire dipercayai telah menyebabkan sekurang-kurangnya 24 kematian dan memaksa hampir 200,000 penduduk untuk berpindah dari kawasan terjejas.
Sumber: Daily Mail