Foto: Malaysia Gazette
Di Melaka, seorang jurusolek lelaki direman tujuh hari selepas disyaki melakukan jenayah seksual terhadap seorang pelakon lelaki di salon rambutnya.
Artikel Berkaitan: Penyanyi Wanita Meninggal Dunia Dipercayai Selepas Jalani Tiga Sesi Urutan
Artikel Berkaitan: Zamaera Dakwa Dirakam Tanpa Seurat Benang, Berang Diserbu Pegawai PBT Ketika Berurut?
Reman 7 hari
Memetik laporan MalaysiaGazette, suspek berusia 41 tahun ditahan reman hari ini. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman di Mahkamah Majistret Ayer Keroh.
Menurut pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Zawawi, suspek direman sehingga 26 Januari bagi siasatan di bawah 377C Kanun Keseksaan (KK) iaitu dengan sengaja melakukan persetubuhan di luar tabii.
Kejadian berlaku ketika pelakon sambilan itu ke salon rambut suspek di Ayer Keroh, kira-kira jam 3 petang Jumaat lalu kerana ditawarkan perkhidmatan secara percuma oleh suspek.
Selesai dandanan rambut, suspek menawarkan servis baru iaitu urutan badan dan pengadu bersetuju memandangkan telah lama mengenali suspek.
Terkejut ketika diurut
Gambar sekadar hiasan
Berbicara lebih lanjut, Nazri berkata, semasa suspek sedang mengurut bahagian paha pengadu, tiba tiba jurusolek itu telah menghisap kemaluan pengadu sambil memegang pahanya dengan kuat.
Pengadu berasa amat terkejut dan selepas selesai urutan pengadu terus keluar dari salon dan mengambil masa bertenang sebelum membuat laporan polis.
Sepasukan polis dari Bahagian D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka kemudian menangkap suspek di hadapan premis, di Taman Tasek Utama, Ayer Keroh Melaka kira-kira jam 4.30 petang semalam.
Tambah Nazri, merupakan anak sulung daripada tiga beradik dan bekerja sambilan sebagai pelakon kebudayaan di ibu negara. Pelakon itu juga masih bujang dan belum mendirikan rumah tangga.
Sumber: Malaysia Gazette