Pelakon terkenal mengalami masalah mental sehinggakan enggan keluar rumah susulan ugutan penyebaran video lucah daripada seorang individu.
Artikel Berkaitan: Video Lucah Tersebar, Pelakon Umur 22 Tahun Sedang Asyik Bercuti Dengan Kekasih Di Bali
Minta bayaran RM6,000
Menurut peguam yang mewakili Hasninda Ramadhani iaitu Prabowo Febriyanto, video tidak senonoh itu merupakan hasil suntingan semata ingin merosakkan kerjaya selebriti terbabit.
Individu berkenaan juga meminta wang berjumlah Rp 20 juta (RM6,000) sebagai bayaran agar video terbabit tidak disebarkan kepada umum.
Video itu disunting untuk merosakkan kerjaya anak guam saya. Individu itu juga meminta wang jika mahu video itu selamat. Kami yakin Hasninda tidak terlibat dalam hal ini.
Selain itu, Prabowo menyatakan Hasninda telah membuat laporan polis dan berharap agar individu itu segera ditahan.
Kami juga telah mengambil tindakan undang-undang dengan membuat laporan polis. Kami berharap agar individu berkenana segera ditahan dan dikenakan tindakan yang tegas.
Susulan kejadian itu, Hasninda dalam keadaan tertekan sehinggakan takut untuk keluar dari rumah. Tuntutan kerja sebagai ‘public figure’ turut terpaksa ditangguhkan buat sementara itu.
Sebelum ini, Hasninda menerima mesej dari seorang individu yang memintanya membuka satu emel yang didakwa memiliki video porno aktres berkenaan.
Sumber: Detik.com