berita

Pelakon Indonesia Dakwa Duit Kebas Dengan Artis Singapura Yang Popular Di Malaysia

June 17th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Menerusi Harian Metro, bekas pelakon Indonesia yang kini menjadi ahli politik mendakwa menjadi mangsa kecurian artis Malaysia yang berasal dari Singapura. Kejadian itu dipercayai berlaku pada 7 Jun lalu di sebuah kelab malam.

Raja Yunika Putri mengaku berjumpa dengan artis terbabit di Clarke Quay, Singapura sebelum menyedari wang di dalam dompetnya hilang.

Syed Saddiq bantu

Menurut Yuni, artis lelaki itu mengucapkan selamat tinggal dan memberitahu mahu pergi ke suatu tempat untuk bertemu rakannya pada kira-kira jam 2 petang.

Pada masa itu saya berjumpa dengan dia di Clarke Quay, Singapura. Saya kemudian pergi membuat bayaran di kaunter dengan meninggalkan beg mengandungi wang dan barang berharga di tempat duduk.

Tidak lama selepas artis itu pergi, saya mengambil dompet dalam beg. Malangnya, sejumlah wang dalam mata wang dolar Singapura dan rupiah saya hilang. Sudah pasti saya mengesyaki artis terbabit mengambilnya berikutan sebelum itu beg saya berada di tempat duduk.

Menurutnya lagi, kes itu dikendalikan oleh polis republik itu selepas laporan dibuat oleh pihaknya. Kes itu turut menerima bantuan dari Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman).

Dia mencabar saya

Yunika berkata, dia melaporkan kejadian itu kepada polis Singapura dan kini kes itu dikendalikan oleh polis republik itu. Yunika tidak mendedahkan jumlah yang hilang walaupun ditanya oleh wartawan.

Saya ada memberitahunya mahu melaporkan kejadian kepada polis, namun dia mencabar saya supaya terus melaporkannya. Tidak lama selepas kejadian itu, dengan bantuan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman) saya melaporkan kejadian itu kepada polis dan kini kes itu dikendalikan polis Singapura.

Bagi saya, berapa pun jumlahnya bukan perkara utama, tetapi masalah moral dan harga diri. Bagaimana seorang yang cukup dikenali boleh mengambil tindakan memalukan terhadap seorang wanita.

Menghubungi Syed Saddiq

Yunika turut mengucapkan terima kasih kepada Syed Saddiq kerana membantunya sehingga kes berkenaan mendapat perhatian polis Singapura.

Saya mengucapkan terima kasih kepada YB Syed Saddiq. Kerana peranannya, insiden ini boleh sampai ke polis Singapura. Selepas kejadian itu, saya segera menghubungi beliau dan atas cadangannya saya diminta melaporkan kepada polis.

Pada awal kejadian, saya kecewa dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Tetapi saya menghubungi Syed Saddiq yang saya kenal beberapa lama dulu. Syukurlah dia memberi maklum balas dan meminta saya melaporkan kepada pihak berkuasa.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×