Pelakon veteran Lan Zailan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4.21 pagi Khamis di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Salam takziah
Memetik laporan Berita Harian, berita sedih itu dikongsikan oleh isteri Lan iaitu Ruby Sara Omar.
Kami semua ada di sisi arwah ketika hembus nafas terakhir. Saya dan anak-anak ambil peluang itu untuk meminta maaf daripadanya.
Arwah pergi dalam keadaan tenang. Semuanya berlaku dengan lembut sahaja. Arwah sangat kuat dalam melawan sakit.
Difahamkan, keluarga Allahyarham masih di PPUM untuk menunggu proses seterusnya. Jenazah akan dibawa ke Masjid As Salam Puchong dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22.
Lan Zailan atau nama sebenarnya, Zailan Kamaruddin menghembuskan nafas terakhir pada usia 66 tahun.
Terdahulu, Zailan dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan sejak Ahad selepas keadaan kesihatannya kurang stabil.
Arwah sebelum ini disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat dan telah menjalani rawatan sejak 27 November sebelum dibenarkan pulang pada Sabtu.
Sumber: Berita Harian