Beberapa hari yang lalu, viral mengenai kisah seorang pelakon yang didakwa menjalinkan hubungan dan melarikan isteri orang. Menerusi laporan Harian Metro, tertuduh yang dikenali sebagai Muhammad Shah Radhi Hazvee, mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan yang dikenakan.
Membuat pengakuan tidak bersalah
Hari ini, Muhammad Shah Radhi membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di atas pertuduhan memikat isteri orang untuk melakukan persetubuhan pada Isnin lalu. Dia sebelum ini didakwa memikat wanita yang merupakan isteri orang untuk melakukan persetubuhan dengannya. Perbuatan itu juga didakwa dilakukan di Taman Sering, Ukay.
Menurut mahkamah, jika sabit kesalahan, pelakon tersebut bakal didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan di mana dia boleh dipenjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Timbalan Pendakwa Raya S Sangitaa meminta mahkamah menawarkan wang jaminan RM6, 000 sementara tertuduh diwakili peguam Harcharanjit Singh.
Walau bagaimanapun, peguam tertuduh meminta wang jaminan RM2, 000 kerana tertuduh seorang artis dan mendapat liputan meluas yang tiada alasan untuk dia melarikan diri.
Telefon bimbit dan kad sim dirampas
Menerusi laporan Sinar Harian pula, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff memberitahu kejadian tersebut dipercayai bermula apabila suami wanita tersebut mendapati isterinya tiada di rumah dan keluar tanpa izin bersama seorang lelaki yang dikenali.
Susulan daripada itu, suami wanita tersebut mendapat tahu bahawa isterinya dan pelakon terbabit telah berhubung. Pelakon itu didakwa cuba memperdaya dan memikat wanita berkenaan untuk mendapatkan sesuatu. Pada hari keesokannya, polis berjaya menahan pelakon berusia 24 tahun itu untuk melakukan siasatan lanjut.
Pihak mahkamah telah mengumumkan sebutan semula kes tersebut bakal berlaku 5 Ogos depan dan menetapkan wang jaminan sebanyak RM2, 300 untuk tertuduh. Pihak polis turut merampas telefon bimbit suspek dan kad sim bagi membantu siasatan.
Sumber: Harian Metro & Sinar Harian
Amirul Asraf
Latest posts by Amirul Asraf (see all)
- Acap S Tetap Teruskan ‘Live’ Di TikTok Selepas Menang MLS4 – ‘Orang Kenal Saya Dari Situ, Lagipun Dah Sembilan Tahun Dah’ - 18/11/2024
- Nyaris Dua Kali Kena Serangan Jantung, Faisal Tekad Sahut Cabaran Di Uji Bakat Calpis Soda One In A Million - 18/11/2024
- [VIDEO] Adira Bebel Dekat Anak Sebab Tak Pandai Kemas Katil, Ayat Terakhir Tu Win! – ‘Kalau Dapat Lelaki Kaya Tak Pe’ - 17/11/2024