Pelakon, Yoo Ah In menjalani proses siasatan pertamanya bersama polis atas tuduhan serangan seksual terhadap kaum sejenis.
Artikel Berkaitan: Kemaluan Sakit Bongkar Kanak-Kanak Dua Tahun Dicabul Datuk Kandung
Cabul ketika tidur?
Menerusi laporan AllKpop, Yoo Ah In dikhabarkan hadir ke Balai Polis Yongsan, Seoul untuk disoal siasat.
Siasatan tersebut dilakukan susulan aduan seorang mangsa yang mendakwa dicabul ketika tidur. Insiden itu berlaku di sebuah hotel berkonsep pejabat di Yongsan.
Bagaimanapun, peguam mewakili Yoo Ah In menafikan sekeras-kerasnya mengenai tuduhan terbabit.
Tuduhan yang mengaitkan Yoo Ah In itu adalah tidak benar. Kami memohon supaya spekulasi liar berhubung kehidupan peribadinya dihentikan.
Pelakon filem #Alive itu juga masih dalam proses perbicaraan mengenai kes penggunaan propofol untuk tujuan prosedur kosmetik. Kesalahan itu dilakukannya pada 2020.
Pada 24 Julai lalu, pendakwa raya memohon dia dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun.
Sumber: AllKpop