Harapkan pegar, pegar makan padi. Inilah ungkapan paling sesuai menggambarkan situasi yang dilalui pelakon dari Indonesia, Nirina Zubir apabila harta milik arwah ibunya dipercayai telah digelapkan oleh pembantu rumah mereka.
Harta arwah ibu ‘lesap’
Foto: Tribunnews
Menerusi laporan Tribunnews, keluarga pelakon terkenal, Nirina Zubir kini dilanda masalah selepas ibu, Cut Indria Marzuki meninggal dunia pada November 2019 yang lalu. Menurut Nirina Zubir, fail harta yang pernah dikatakan hilang oleh ibunya pada tahun 2017 dipercayai digelapkan oleh pembantu rumah mereka iaitu Riri Khasmita. Abang kepada pelakon terkenal ini iaitu Fadhlan Karim mendakwa ada sesuatu yang janggal lebih-lebih lagi apabila arwah ibunya pernah memaklumkan bahawa pembantu rumahnya telah menguruskan fail harta tersebut.
Jadi pada tahun 2017, ibu saya pernah memberitahu yang aset-aset dari failnya hilang. Apabila saya tanya, ibu berkata yang sudah ada yang menguruskannya, Riri yang urus.
Selepas ibunya meninggal dunia, Fadhlan ada bertanya kepada Riri keberadaan fail harta yang ditinggalkan arwah namun pembantu rumah itu menjawab perkara tersebut masih dalam proses. Selepas itu tiada langsung khabar berita daripada Riri. Sejak daripada itu, mereka mula mengesyaki pasti ada sesuatu yang disembunyikan oleh Riri.
Kemudian kami bersama-sama bertemu dengan Riri, minta dia menghantar ke notari awam yang menguruskan fail-fail tersebut. Apabila kesana, pihak pejabat memberitahu yang arwah ibunya ditemani dua individu kesana untuk menguruskan fail tersebut. Kami terus menyiasat dan mengesyaki bahawa harta ibu telah digelapkan.
Diam-diam jual tanah, buka kedai ayam
Foto: Nirina Zubir
Riri kemudian mneyerahkan semula sijil tanah tetapi mereka mendapati sijil tersebut tidak mempunyai kod bar. Mereka kemudian pergi ke Badan Pertanahan Nasional untuk memeriksa ketulenan sijil tersebut dan tertanya itu adalah sijil palsu.
Diam-diam sijil tanah itu ditukar kepada nama mereka. Mereka menjual harta tersebut dan hasil wang digunakan untuk membuka cawangan perniagaan ayam sejuk beku yang pada saat ini sudah memiliki lima cawangan.
Difahamkan, sebanyak enam sijil tanah yang yang disyaki telah digelapkan oleh Riri manakala dua darinya telah dijual dan baki empat lagi digadaikan kepada pihak bank.
Berikutan daripada penipuan tersebut, Nirina dan keluarganya mengambil masa hampir tujuh bulan untuk mengumpul bahan bukti sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa. Tidak lama selepas itu, Riri dan seorang lagi individu didakwa telah ditahan untuk membantu siasatan. Difahamkan, kemungkinan akan ada lagi individu yang bakal dipanggil untuk memberi keterangan.
Saya hanya minta Riri Khasmita bersama dengan suami dan tertuduh lainnya bertanggungjawab atas perbuatan mereka. Kerugian keluarga kami cecah Rp 17 Miliar (RM4.9 juta)
Sumber: Tribunnews