Siapa penggemar drama tempatan pasti kenal dengan pelakon Nurin Misha yang sering membawa watak ibu dan makcik ‘bawang’. Lakonannya yang bersahaja dan real membuatkan beliau menjadi kegemaran ramai.
Namun, sebentar tadi dukacita dimaklumkan pelakon ini telah meninggal dunia. Al-Fatihah.
Al-Fatihah
Dulu selalu berlakon bersama. Buatkan Zulin kek biskut milo. Kawan zulin kat set.. Allah… Al-fatihah semoga ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman.
Sebentar tadi, pengarah drama, Eoon Suhaini menerusi laman Instagram telah berkongsi berita sedih mengenai pemergian pelakon veteran yang menjadi kegemaran ramai.
Dukacitanya dimaklumkan bahawa Kak Nurin telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi di rumahnya di Jalan Ipoh.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
Menurutnya, Nurin Misha meninggal dunia awal pagi tadi di kediamannya di Jalan Ipoh.
Netizen sebak
Sumber : Eoon Suhaimi , Kosmo! Online</a