berita

Pelakon Ragu Status Anak Kembali Rujuk Lepas Buat Ujian DNA, Kini Ceraikan Isteri Buat Kali Kedua

December 7th, 2021 | by Shira
Isu & Kontroversi

Kisah rumah tangga pelakon dan penyanyi dangdut terkenal Indonesia iaitu Rizki Syafaruddin atau lebih dikenali dengan nama Rizki DA sekali lagi menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Artikel Berkaitan: Tak Sampai Sebulan Kahwin Dah Cerai, Pelakon Ragu Status Anak Kembali Rujuk Lepas Buat Ujian DNA

Baru rujuk, dah cerai semula

Memetik laporan sebelum ini, Rizki DA dan Nadya Mustika telah mendirikan rumah tangga pada 17 Julai 2020 namun Rizki membuat keputusan untuk bercerai kerana ragu dengan kehamilan isterinya yang dikatakan tidak selari dengan tarikh pernikahan mereka. Menurut sumber, pada April 2021 iaitu selepas Nadya selamat melahirkan bayi lelaki, Rizki nekad membuat ujian DNA dan keputusan tersebut membuktikan Baihaqqi Syakki Ramadhan adalah anak kandungnya.

Tetapi tidak lama kemudian, Rizki dan Nadya dikhabarkan sudah rujuk semula dan disatukan dalam satu majlis kecil-kecilan. Rizki mengatakan dia dan Nadya mahu membesarkan anak lelaki mereka itu dengan penuh kasih sayang. Tetapi sayangnya kebahagiaan yang dibina tidak berkekalan.

Rizki sekali lagi menjatuhkan talak kepada Nadya pada 23 November 2021 di Mahkamah Agama Bandung dan persidangan pertama telah pun berlangsung pada 2 Disember yang lalu. Peguam yang mewakili Rizki DA telah mengesahkan isu penceraian ini namun sehingga kini tidak dapat dipastikan apakah punca yang membuatkan pasangan ini nekad untuk berpisah buat kali kedua.

Sumber: Celebrity Okezone, Wolipop Detik,Inews Id

SKIP THIS AD ×