berita

Pelakon Remaja Ini Mengaku Dirogol Bapa Tiri Sejak 10 Tahun Lalu

May 12th, 2015 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

rape-victim-1

Seorang pelakon remaja dirogol oleh bapa tiri sejak 10 tahun lalu.

Pelakon remaja yang pernah membintangi beberapa stesen televisyen berbayar itu mengaku seringkali dicabul oleh lelaki berusia 50-an itu sejak berusia tujuh tahun lagi selepas keluarganya tinggal di Johor Bahru.

Suspek semakin berani melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa sehingga merogol magsa ketika berumur 12 tahun.

Menurut sumber, ibu mangsa tampil membuat laporan polis selepas anak perempuannya itu mengadu dipaksa memenuhi nafsu buat bapa tirinya setiapa kali ditinggalkan sendirian di rumah.

rape-help-stop-rape-34808643-400-270

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Adnan Abdullah ketika dihubungi Harian Metro, beliau mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan menyatakan bapa tiri remaja berkenaan ditahan Jumaat lalu di Ampang.

Suspek ditahan susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa dan kini direman hingga Khamis ini bagi membantu siasatan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×