berita

Pelakon Siri ‘Kamen Rider Hibiki’ Sei Ashina Ditemui Meninggal Dunia Dipercayai Akibat Bunuh Diri

September 17th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon siri Kamen Rider Hibiki, Sei Ashina, dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai bunuh diri semalam. Menerusi laporan NME, mayat Sei Ashina ditemui di rumahnya di Tokyo, Jepun.

Tiada sebarang nota ditemui

Abang pelakon tersebut telah menemui mayat adiknya di rumah selepas wanita itu tidak menjawab panggilan telefon sejak hari Ahad lalu. Tambahnya, tiada sebarang nota ditemui dan sekali gus, menjadi tanda tanya buat mereka sekeluarga mengenai punca kematian Sei Ashina.

Sei Ashina mula menceburi bidang lakonan pada tahun 2002 dalam rancangan televisyen The Tail Of Happiness. Namanya terus berkembang dalam industri selepas dia berlakon dalam filem Silk pada 2007. Berita kematiannya turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat selepas beberapa selebriti turut mengambil tindakan sama sebelum ini termasuklah Haruma Miura dan Hana Kimura.

Sumber: NME

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.