Berita baik buat peminat K-Drama! Buat julung kalinya, pelakon terkenal dari Korea Selatan iaitu Lee Je-hoon bakal menemui para peminat di Malaysia menerusi JEHOON’s Favorite 2024 Asia Tour.
Lee Je-hoon di Kuala Lumpur
JEHOON’s Favorite 2024 Asia Tour bakal berlangsung pada 21 September 2024 di Dewan Plenary KLCC dan sesi beramah mesra bersama peminat ini akan bermula jam 5 petang.
Acara yang gilang-gemilang ini turut menampilkan pelakon, penyanyi dan personaliti media sosial iaitu Sabrina Azhar (@jpbrinx) sebagai pengacara.
Kefasihan Sabrina berbahasa Korea dan bakat yang ada pada dirinya membuatkan gadis kecil molek ini layak diangkat menjadi pengacara di JEHOON’s Favorite 2024 Asia Tour.
Agensi yang mewakili pelakon berusia 40 tahun itu, UJIN Entertainment meluahkan rasa teruja kerana Lee Je-hoon bukan sahaja akan bertemu para peminat di Malaysia malah turut berkunjung ke beberapa negara Asia seperti Bangkok, Taipei, Tokyo, dan Osaka.
Sedikit info, Lee Je-hoon yang dilahirkan pada 4 Julai 1984 di Seoul, Korea Selatan merupakan graduan Bioteknologi di Universiti Korea sebelum beralih kepada bidang Filem dan Teater di Universiti Seni Kebangsaan Korea.
Lee Je-hoon mula menceburi bidang lakonan pada tahun 2011 dan sejak daripada itu, bakatnya mula dihidu oleh pengarah dan penerbit sehingga dia berjaya memegang watak seorang profiler menerusi drama ‘Signal’.
Karya-karya terkenal Lee Je-hoon yang lain termasuk Tomorrow With You, Where Stars Land, Taxi Driver dan banyak lagi! Filem terbaru Lee Je-hoon bertajuk Escape telah ditayangkan pada Julai 2024.
Jadi tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan pelakon kesayangan korang!
Para peminat yang masih belum berkesempatan untuk membeli tiket, boleh dapatkan sekarang DI SINI