berita

Pelakon Veteran Azizah Mahzan Nyanyi Lagu K-Pop Sebab Seri? Apa Hal Pulak Ni?

October 8th, 2021 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Korang perasan tak sekarang bila kita tengok TV, ada je satu muzik video ni ditayangkan dimana dalam video tu semua orang pakat dok menyanyi, dok karaoke? Perasan tak?

Ha ah, kalau korang nak tahu itulah siri muzik video kempen #TakkanTakTahu yang di cipta khusus untuk bantu korang berbelanja dengan lebih bijak dan efisien bila guna aplikasi foodpanda. Kalau tak percaya, korang cuba dengar lirik dia betul-betul.

Kempen #TakkanTakTahu didik pengguna berbelanja dengan cara terbaik!

Untuk pengetahuan korang semua, kempen #TakkanTakTahu merupakan satu inisiatif yang diambil oleh foodpanda bagi membantu korang berbelanja semaksima mungkin dengan tawaran yang ada tapi dalam masa yang sama menguntungkan korang ketika menggunakan aplikasi foodpanda.

Kiranya diorang nak bantu korang stretch perbelanjaan tu supaya kita boleh selamatkan poket kita. Ada 5 siri muzik video kesemuanya dan yang menariknya ianya dinyanyikan secara rap. Melalui siri muzik video inilah, foodpanda akan ajar korang korang macam mana nak stacking kod promo, dapatkan baucar tambahan, cara terbaik untuk collect mata ganjaran semaksima mungkin dan bagaimana korang boleh jimat bila buat pesanan berkumpulan. Awesome kan?

Siri muzik video ini dah mula ditayangkan pada 20 September lalu. Takkan korang tak perasan? Ada Adibah Noor, Nadia Aqilah dan ramai lagi kot yang buat cameo dalam siri muzikal ni.

Jadi pastikan lepas ni, bila korang tengok je TV, keluar je muzik video, korang tonton! Takde TV? Takpe… sebab coretan siri muzikal ini juga boleh ditonton secara online di akaun YouTube foodpanda bermula 24 September ini. Rugi tak tonton wei, siapa nak ajar hacks macam ni? TAKDE wei, foodpanda je buat tau.

Tonton 5 minisod istimewa kapsul televisyen Delivery Ke Hati Seri!

Bukan sekadar ada siri muzik video, diorang juga ada 5 minisode kapsul televisyen yang bertajuk Delivery Ke Hati Seri. Jika siri muzikal mengetengahkan genre muzik terkini, siri minisode pula berbeza. Minisode, Delivery Ke Hati Seri merupakan kapsul televisyen  yang dihasilkan bagi mendekati geng-geng yang lahir pada tahun 80-an dan 90-an.

Menariknya melalui siri ini korang boleh tengok Azizah Mahzan, pelakon veteran popular Malaysia menyanyi lagu K-Pop guys. Bukan itu je, siri minisode ini juga menampilkan Masdo dan Man Kidal. Bila korang tonton minisode Delivery Ke Hati Seri ni confirm akan terimbau kembali kenangan tengok cerita P. Ramlee, cerita Bollywood dan Anugerah Juara Lagu (AJL) era zaman rock kapak dulu.

Ye la! Sebab ianya minisode yang berbeza daripada dan menggabungkan penggiat seni yang korang tak pernah jangka. Ianya satu kejutan buat korang semua.

Bakal ditayangkan bermula 11 Oktober ini, korang boleh tonton minisode kapsul televisyen, Delivery Ke Hati Seri pada jam 7.58 malam di TV3 dan ulangannya pada jam 8.28 malam di TV9.

foodpanda berikan yang terbaik buat pengguna setia aplikasi mereka!

Menurut Pengurus Besar Pemasaran foodpanda, Vanita Menon Kris,” idea disebalik kempen #TakkanTakTahu adalah untuk memastikan pengguna dapat berbelanja sebaik mungkin agar mereka enjoy ketika menggunakan aplikasi kami. Kami juga berharap melalui perkongsian 5 hacks ini, pengguna dapat menikmati pengalaman pembelian yang menyeronokkan. Ini juga merupakan salah satu usaha kami untuk memperbaiki perkhidmatan sedia ada.

Tambah beliau lagi, penting untuk platform penghantaran makanan mengambil inisiatif dengan menghasilkan content yang fun dan menarik. Lagipun ianya menguntungkan pengguna aplikasi foodpanda. Barulah nanti pengguna rasa excited nak buat pesanan berikutnya. Mudah je dengan foodpanda. Hanya tap, tap, ta-da!  Settle semua.

Jadi, pastikan korang tonton kesemua siri muzik video dan minisode kapsul televisyen Delivery Ke Hati Seri untuk belajar teknik-teknik dan cara untuk jimat dengan lebih lagi ketika menggunakan aplikasi foodpanda.

SKIP THIS AD ×