berita

Pelakon Veteran, Idris Bakar Meninggal Dunia Pagi Tadi

February 19th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Foto: Utusan Malaysia

Pelakon veteran, Idris Bakar, 74 tahun meninggal dunia di Hospital Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Kuantan, Pahang pagi tadi.


Meninggal akibat kegagalan jantung

Foto: Utusan Malaysia

Menurut laporan Utusan, Idris meninggal dunia pada jam 8.14 pagi akibat kegagalan jantung ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital UIA.

Anak ketiganya, Hanafizah Idris, 49 tahun berkata, arwah bapanya telah mengikutnya pulang ke Kuantan, Pahang pada 14 Februari lalu untuk dijaga, namun terkena serangan jantung 2 hari selepas itu.

Saya membawa arwah bapa pulang ke Kuantan, Pahang untuk menjaga dia. Bagaimanapun, pada 16 Februari lalu, arwah bapa terkena serangan jantung pada waktu petang dan dia dimasukkan ke zon kuning dan kemudian ke wad biasa.

Selepas itu, dia dimasukkan ke CCU namun masih boleh berbual bersama kami melalui panggilan telefon. Namun pihak hospital memaklumkan bapa meninggal dunia pada pukul 8.14 pagi tadi.

Jenazah Idris disolatkan di Masjid al-Muhajirin Indera Mahkota 5, Kuantan lebih kurang jam 12 tengah hari, sebelum dibawa pulang ke Seremban, Negeri Sembilan untuk dikebumikan.

Idris merupakan pelakon kacukan Melayu-Belanda kelahiran Kuala Pilah, namun menetap di Kampung Jiboi, Ampangan di Seremban.

Menurut Hanafizah, arwah bapanya yang juga seorang pesara hospital telah meninggalkan dunia lakonan sejak 8 tahun lalu, dan selepas itu hanya berehat di rumah.

Kali terakhir arwah bapa berlakon adalah pada lapan tahun lepas dan lakonan terakhirnya adalah dalam sebuah drama bertajuk Tok Ompek Simpang Ompek. Arwah bapa sering memohon maaf kepada sesiapa yang ditemuinya dan selalu meminta supaya mendoakan kesihatannya.

Sumber: Utusan Malaysia

SKIP THIS AD ×