Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba min dapat khabar angin yang mengatakan seorang pelakon jelita bakal menamatkan zaman bujang dengan pilihan hati yang berpangkat datuk.
Nak kahwin dengan datuk?
Min dapat menghidu berita ini apabila pasangan tersebut menghadiri ‘food tasting’ pada 24 Julai yang lalu. Bakal pengantin ini akan mengadakan majlis mereka di sebuah hotel terkemuka di Johor. Khabarnya lagi, hotel tersebut selalunya dikunjungi golongan T20.
Pasangan ini dipercayai bakal melangsungkan perkahwinan pada pertengahan bulan Ogos.
Terdahulu, pelakon tersebut dikatakan sudah bertunang di kediaman keluarganya di Johor Bahru dan menghadiri kursus kahwin.
Setakat hari ini, pelakon berkenaan tidak membuat sebarang pendedahan lagi di media sosial. Walau bagaimanapun, min nak ucap tahniah dan mendoakan segala urusan untuk majlis nanti dipermudahkan.