Dah lama rasanya kita tak dengar tentang banci kan? Kalau dulu admin biasa dengar tentang banci penduduk je. Tapi, sebenarnya banci yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini terdapat pelbagai kategori tau.
Kali ini, kami kongsikan maklumat mengenai banci pertanian di bawah subsektor perhutanan & pembalakan. Haa.. Kenapa agaknya kena ada banci pertanian?
Banci pertanian merangkumi beberapa subsektor termasuklah tanaman, ternakan, perikanan serta perhutanan dan pembalakan. Tujuan utama ia dilaksanakan adalah untuk mengumpul data yang komprehensif demi memperkasakan sosio-ekonomi tempatan sekaligus membina masa hadapan yang lebih mampan.
Empat objektif utama
- Mengumpul stok dan profil sektor pertanian meliputi dimensi ekonomi, sosial dan alam sekitar bagi pegangan pertanian.
- Menyediakan input utama untuk merangka polisi sektor pertanian oleh pelbagai pihak berkepentingan.
- Menjadi input penanda aras dalam penyediaan indikator sektor pertanian.
- Menyediakan rangka pensampelan pegangan pertanian untuk survel pertanian masa hadapan.
Bagaimana banci pertanian dijalankan?
Buat korang yang menjalankan perniagaan dalam bidang pertanian terutama sekali perhutanan &pembalakan, korang wajib terlibat dengan banci ini, caranya mudah saja dimana beberapa jenis borang bakal dikeluarkan untuk diisi dengan maklumat yang diperlukan.
Banci pertanian dijalankan dengan pendekatan melalui lawatan ke kediaman, pertubuhan perniagaan dan institusi berkaitan.
Tak kiralah korang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan pun, namun setiap data yang disumbangkan adalah sangat penting serta berupaya untuk membantu kerajaan lebih memahami dan memberikan sokongan sewajarnya untuk pertumbuhan seluruh komuniti pertanian.
Buat penggerak sektor perhutanan & pembalakan korang perlu kongsikan maklumat dan data yang merangkumi jenis pokok, langkah pemuliharaan hutan dan pandangan tentang bagaimana untuk menjaga kelestarian hutan.
Selain itu, melalui banci ini pihak DOSM juga ingin mengenal pasti pekerja yang mahir dan memberi tumpuan kepada peralatan yang digunakan termasuklah penggunaan jentera berat seperti lori pengangkutan dan jentolak.
Haa.. Korang sedar bahawa perhutanan dan pembalakan adalah aset berharga negara kita kan? Jadi banci ini jugalah yang akan membantu kerajaan untuk menggubal dasar-dasar perhutanan & pembalakan negara.
Bagi memudahkan korang untuk lebih memahami banci pertanian di bawah subsektor perhutanan dan pembalakan, korang boleh tonton video di bawah:
Maklumat tepat dari korang amat dihargai
Banci pertanian sudah giat dijalankan sejak Julai lalu dan bakal diteruskan sehingga Oktober nanti meliputi setiap negeri di seluruh negara.
Jadi, kalau ada pegawai DOSM yang ‘singgah melawat’ korang janganlah takut pula, mereka sekadar memerlukan input dan maklumat daripada pengusaha berpengalaman.
Ini semua demi kebaikan kita dan juga generasi akan datang agar sektor pertanian dapat terus berkembang