Rata-rata netizen mata masuk habuk ketika Sufian Suhaimi menyanyikan lagu ‘Di Matamu’ di pentas Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33). Nyanyian Suffian Suhaimi menerima pujian ramai termasuk penyanyi No.1 negara, Dato’ Siti Nurhaliza.
Tidak cukup dengan itu, Axiata Arena, Bukit Jalil dibanjiri dengan tangisan orang ramai apabila nyanyian penyanyi itu dikatakan sangat tulus dari hati. Sedih weh!
Sedihnya
I don’t wanna cry out loud alone! Sobs #ajl33 pic.twitter.com/wwwAUoeMly
— ???? ? (@afifasalleh) February 3, 2019
Pada awalnya, persembahan itu dimulakan dengan syair yang berjaya membuatkan ramai terhenti memberi perhatian. Alunan merdu serta lenggok nyanyian Sufian dikatakan sangat menusuk hati kerana semua sedia maklum lagu itu dikaitkan dengan dirinya.
Pengakhiran lagu diakhiri dengan sorakan dan nyalaan lampu telefon bimbit dari penonton tanda sokongan. Memang ramai yang sebak dan mengalirkan air mata. Cayalah Sufian! Terbaik!
Siti Nurhaliza puji
Tema pelamin sama?
Rata-rata netizen membandingkan pelamin Elfira dan tema pentas Suffian Suhaimi pada malam ini. Betul ke konsep Sufian Suhaimi sama dengan tema majlis perkahwinan bekas tunangnya dahulu?
Menyentuh hati
Luar biasa
Layak menang?
Sumber : Twitter