berita

Pelamin Bajet Ala ‘Yuna Tak Yuna’ Jadi Perhatian, Berlatar Belakang Pokok Pisang & Serai

February 1st, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Pelamin ala kayangan yang direka perancang perkahwinan The Calla untuk majlis pernikahan Yuna baru-baru ini telah menarik perhatian ramai. Sehinggakan ada bakal pengantin yang mengimpikan pelamin berkonsepkan Bohemian seperti itu.

Di Sik Kedah, sebuah butik perkahwinan menawarkan pakej bersesuaian dengan bajet pengantin, berlatar belakangkan pokok pisang dan pokok serai pun boleh. Unik!

Pelamin Yuna tak Yuna sangat

Berlatarbelakang pokok pisang dan serai

 

Pelamin kedua untuk sesi bergambar

Menerusi temubual mStar Online bersama Ahmad Rasidi, dia menjelaskan pelamin viral Yuna telah memberi idea kepadanya untuk merealisasikan impian pasangan dari Sik Kedah pada Sabtu lalu.

Saya cuba realisasikan impian pengantin yang mahu bersanding dengan latar belakang alam semulajadi.

Selepas meninjau kawasan rumahnya, saya cadang buat pelamin latar belakang kebun pisang milik bapa pengantin dan dia setuju.

Tambah Ahmad Rasidi lagi, anggaran kos untuk pelamin tersebut adalah antara RM1,000 ke RM1,500 bergantung kepada penggunaan bunga dan hiasan lain, kerusi serta kos pemasangan dan penghantaran.

Saya tak nafikan ia cantik dan lain dari yang lain. Mood perkahwinan juga berbeza, begitu juga kesannya dalam gambar.

Sebenarnya pelamin ini, adalah pelamin kedua pengantin yang digunakan khas untuk sesi bergambar. Pelamin utama tetap di rumah.

Akhir sekali, Ahmad Rasidi berpendapat pelamin berkonsep semula jadi ini bakal menjadi trend dalam tempoh tertentu. Korang setuju tak?

Sumber : mStar Online , Butik Pengantin Setia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×