Setiap pengguna mesti mahukan yang terbaik untuk kenderaan mereka sama ada dari segi keselesaan mahupun dari segi keselamatan. Jenis sport-rim, tinted kereta sampailah ke insurans yang patut mereka ambil bagi melindungi kereta mereka. Semuanya nak yang terbaik!
Tak dinafikan nak mencari insurans kereta pula bukannya mudah! Ada yang murah tapi hanya cover basic sahaja, dapat yang berpatutan pula cover trip hanya 50km je..
Sebagai pemandu kereta Honda sejati, korang patut dapatkan Honda Insurance Plus (HiP). Apa yang korang inginkan dalam insurans korang, semua HiP ada!
Ada macam-macam faedah yang korang boleh dapat dengan HiP ni yang semestinya memudahkan kerja korang!
Menyelamat- Kereta nak kena jump start pun mereka bantu!
Kalau korang selalu dengar servis towing insurans mesti 50km atau 100km kan? Honda Insurance Plus cover Khidmat Tunda Kecemasan 24/7 perjalanan ulang-alik sehingga 450km ke Pusat Baik Pulih & Mengecat Sah Honda yang terdekat! Walaupun banjir, mereka tetap akan datang bantu, bukan hanya sekadar kemalangan* atau breakdown je tau! Liputan jarak perjalanan ulang-alik sejauh 450 km hanya untuk kerosakan & banjir sahaja.
Bukan itu saja, Perkhidmatan Pembaikan Kerosakkan Tepi Jalan 24/7 seperti jump start servis, penukaran bateri, penukaran tayar yang pancit dan pengisian minyak juga termasuk dalam pakej ini. Yang paling best, kos buruh percuma sehingga RM200 untuk setiap kejadian! Banyak tuu!
Korang juga tak perlu susah-susah nak ke sana sini untuk berurusan dengan ejen insurans sebab dengan HiP, penasihat tuntutan akan aturkan segala-galanya! Pelanggan hanya perlu hantar je kereta mereka. Bestnya, tak payah dah pening kepala nak call sana sini.
Melindungi- Mereka yang pro je akan kendalikan kereta korang!
Selain daripada mempunyai ciri-ciri Menyelamatkan pengguna, HiP juga ada ciri-ciri Melindungi! Dengan HiP, korang hanya perlu hantar kereta ke Pusat Baik Pulih & Mengecat Sah Honda di mana kereta korang akan dikendalikan dengan baik, hanya Alat Ganti & Bahagian Kereta 100% tulen (original) yang akan digunakan, dengan waranti enam bulan atau jarak perjalanan 10,000km.
Malahan, HiP juga menawarkan Pelindungan Kemalangan Peribadi** sehingga RM15,000 kepada pemegang polisi insurans! Memang berbaloi sungguh kalau macam ni.
Dengan Kelulusan Tuntutan Pantas, tuntutan di bawah RM20,000 juga akan diluluskan terlebih dahulu (pre-approved) di mana tiada prosedur pelarasan diperlukan. Pusat Baik Pulih & Mengecat Sah Honda akan terus melakukan pembaikan terhadap kereta korang. Korang dah tak perlu menunggu untuk claim diluluskan dan kereta dinilai. Dapatkan kereta korang lebih cepat!
HiP juga menawarkan penambahan nilai untuk insurans korang. Contohnya, korang dalam situasi yang memerlukan pertolongan cemas, HiP boleh bertindak sebagai pembantu peribadi di mana mereka akan membuat panggilan dan aturan untuk hal-hal korang seperti bantuan perubatan dan guaman, bantuan peribadi, pembaharuan cukai jalan, penarikan balik dan pemindahan NCD, pengeluaran nota lindungan, mengatur penerbangan dan sebaginya,
Menjimatkan- Ada elaun banjir, elaun khas & macam-macam lagi!
Bukan saja HiP mempunyai ciri Menyelamat dan Melindungi, Hip juga Menjimatkan. Dengan Bayaran Pampasan 100% bagi Kecurian atau Kerugian Menyeluruh* yang sebelum ni hanya 10 tahun, kini korang boleh dapat 100% pembayaran nilai dipersetujui sehingga 13 tahun berserta Perlindungan 100% bagi Kerja Pembaikan Akibat Kemalangan* sehingga 10 tahun!
Selain itu, tiada bayaran penambahbaikan yang akan dikenakan untuk usia kenderaan dibawah 10 tahun apabila korang nak ganti bahagian yang rosak dengan bahagian original yang baru untuk kerosakan kemalangan. Tiada kos tambahan untuk alat ganti tulen yang baru.
Yang paling best dan tak banyak insurans luar ada ialah Elaun Banjir*. Antara penambahan terbaru HiP ialah menawarkan RM1,500 sebagai elaun jika kereta korang terjejas akibat banjir sebagai manfaat tambahan dan dah termasuk sekali dalam pakej HiP.
Tak cukup dengan Elaun Banjir*, Honda juga mempunyai Elaun Bantuan Khas* di mana jika kereta korang dicuri ataupun hilang, korang akan dapat RM1,500 untuk bantu korang!
Jangan risau juga, HiP ada tambah ciri-ciri tambahan iaitu “Lost Key Reimbursement” atau Pembayaran balik kunci hilang sehingga RM1,000! Memang tak dapat dengan insurans lain.
Selain itu, RM400 penalti takkan dikenakan sekiranya kereta tersebut terlibat dalam kemalangan dan yang pandu tu bukan penama kereta tersebut! Ha, adik abang korang bolehlah pinjam kereta lepas ni. Tak payah takut-takut dah! Asalkan pemandu berumur 21 tahun keatas dan mempunyai lesen pemandu penuh.
Memang kereta korang akan rasa disayangilah dan yang ini juga memang dah ada dalam pakej HiP. Korang tak perlu bayar extra!
Jarang-jarang nak dapat insurans yang memang jaga korang dan kereta daripada A-Z tau! Siapa tak sayang kereta kan? Itu antara pelaburan jangka panjang yang semua orang nak demi menjaga kereta sampai bila-bila.
Jadi, kalau korang tak nak runsing dan serabut jika sesuatu yang tak dijangka terjadi, korang patut amik Honda Insurance Plus ni! Insurans yang paling sesuai untuk korang yang nak jaga kereta korang supaya dapat pakai dalam jangka masa yang lama! Bukan sahaja memudahkan malah menjimatkan!
Korang boleh klik di sini untuk tau lebih lanjut! https://www.honda.com.my/discover/honda-insurance-plus atau hubungi Pusat Pengedar Sah Honda atau nombor bebas Honda 1800-88-2020 untuk memperbaharui insurans kereta anda.
Pelan insurans HiP dijamin oleh panel syarikat insurans berlesen Honda yang terdiri daripada MSIG Insurance (Malaysia) Bhd, Tokio Marine Insurans (Malaysia) Bhd, Berjaya Sompo Insurance Berhad, Liberty Insurance Berhad, AIG Malaysia Insurance Berhad, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad, Etiqa General Takaful Berhad and Zurich General Takaful Malaysia Berhad.
* Tertakluk pada terma dan syarat.
** Untuk kereta persendirian dan kegunaan persendirian sahaja.