berita

Pelan Insurans Untuk Telefon Pintar Serendah RM6! Phone Rosak? Boleh Terus Tukar Baru!

April 9th, 2021 | by Sya Alkaf
Kini Trending

Kredit foto: Freepik

Kos nak baiki telefon pintar yang rosak kadang-kadang boleh mencecah ribuan ringgit. Sampai rasa macam baik beli phone baru je, harga pun dah nak lebih kurang sama.

Tapi sayang lah kan? Satu hal pula nak kena keluar duit beribu lagi. Haa sebab tu lah penting untuk korang pertimbangkan perlindungan insurans buat telefon pintar supaya tak pening kepala di kemudian hari!

senQ tawar pelan perlindungan sehingga RM1599*!

senQ kini menawarkan SWAP Phone Plan yang membolehkan pelanggan mereka mendapat perlindungan sehingga RM1599 untuk telefon pintar terpilih yang dibeli melalui rangkaian stor senQ!

Nak tahu siapa yang layak? Haa..Semua ahli PlusOne yang membeli telefon pintar terpilih baru dengan harga jualan RM1599 ke bawah dari senQ untuk kegunaan peribadi layak untuk mendaftar SWAP PHONE Plan ni!

Menariknya, melalui SWAP PHONE Plan telefon pintar korang bakal digantikan dengan yang baru terus sekiranya terdapat sebarang manufacturing defect seperti kecacatan mekanikal atau elektrik.

Selalunya kalau phone korang rosak, nak tunggu repair memang akan ambil masa yang lama, tapi dengan SWAP Phone Plan ni, korang boleh je terus tukar ke telefon pintar yang baru dalam masa yang singkat! Mudah dan cepat!

Macam ni caranya: 

LANGKAH 1: Beli telefon pintar di bawah SWAP Phone Plan di kedai senQ di seluruh negara.

LANGKAH 2: Sekiranya terdapat sebarang kerosakan pembuatan, bawa telefon pintar korang ke mana-mana senQ yang terdekat untuk diperiksa.

LANGKAH 3: Korang akan menerima baucar SWAP selepas pengesahan*

LANGKAH 4: Tebus telefon pintar baru korang menggunakan baucar SWAP dari senQ (kadar bayaran minima untuk proses penukaran bakal dikenakan)

Perlindungan selama 12 bulan

Dengan SWAP Phone Plan setiap peranti pintar bakal dilindungi selama 12 bulan. Jadi, sepanjang tempoh ini korang tak payahlah nak risau lagi kalau phone rosak sebab senQ boleh settlekan masalah korang dalam masa yang beberapa hari je!

Swap Phone

Semua kelebihan ini boleh korang nikmati dengan bayaran insurans serendah RM6 sahaja tau! Bagaimanapun, jumlah bayaran insurans adalah berbeza mengikut harga peranti yang dibeli.

Korang boleh rujuk pada gambar di bawah untuk senarai kadar bayaran.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai SWAP Phone Plan yang ditawarkan senQ korang boleh klik di SINI ataupun terus je ke mana-mana cawangan senQ yang berdekatan. Lawati https://www.senq.com.my/store-locator untuk senarai penuh cawangan senQ.

Mereka akan tolong jelaskan dengan lebih lanjut dan bantu korang dalam membuat pilihan peranti yang bersesuaian untuk  SWAP Phone Plan :)

*Klik di sini untuk syarat dan terma penuh

SKIP THIS AD ×