berita

Pelancong Tak Boleh Masuk Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna Mulai 29 September

September 28th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Menerusi kenyataan akhbar Menteri Kanan Pertahanan, YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran di Lahad Datu, Tawau, Kunak, dan Semporna bermula tengah malam ini sehingga 12 Oktober 2020. PKPDB ini melibatkan seramai 962,661 orang penduduk.

PKPBD diperkenalkan

Menerusi kenyataan media tersebut:

  1. Semua penduduk tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPDB sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.
  2. Bukan penduduk dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke empat daerah terlibat sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.
  3. Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan dan perkhidmatan (essentials) di empat daerah tersebut.
  4. Pengkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPDB.
  5. Semua laluan keluar masuk kawasan PKPDB ditutup.

Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Pihak Berkuasa Tempatan dan pegawai yang diberi kuasa akan terlibat dalam PKPDB di empat zon tersebut.

Semua rakyat terus diminta untuk ikut setiap SOP yang telah ditetapkan dengan mengamalkan penjarakan sosial, kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan demi memutuskan rantaian Covid-19.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

SKIP THIS AD ×