berita

Pelanggan Dakwa Jumpa Cacing, Restoran Asam Pedas Famous Di Melaka Kena Tutup

July 2nd, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Melaka memang terkenal dengan masakan asam pedas dan boleh katakan setiap kawasan punyai restoran makan popular itu. Antara port makan asam pedas yang jadi tumpuan orang ramai adalah di bandaraya Melaka. Pagi petang siang malam pasti penuh dengan orang, bukan sahaja murah malah rasa asam pedas itu sendiri membuatkan orang ramai ‘jatuh cinta’.

Terbaru, sebuah restoran asam pedas di bandaraya Melaka diarah tutup kerana tidak mematuhi standard kebersihan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Tutup selama dua minggu

Foto kredit: Harian Metro

Restoran berkenaan diarah tutup selama dua minggu bermula semalam (Ahad) selepas didapati tidak mematuhi tahap kebersihan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Ghazali Othman berkata kedai itu dikenakan hukuman mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983 dan diarah tutup sehingga 14 hari untuk kerja pembersihan dijalankan.

Kita akan serahkan hasil laporan siasatan kepada Exco Kesihatan dan Anti Dadah Melaka, Low Chee Leong hari ini sebelum ianya disampaikan kepada Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.

Arahkan pengusaha kedai makanan jalankan tanggungjawab

Beberapa hari lalu, viral di sosial media apabila salah seorang pelanggan di restoran tersebut merakam video menunjukkan semangkuk hidangan asam pedas mengandungi cacing.

Berhubung isu tersebut, Dr Ghazali menasihati pengusaha kedai makan di negeri Melaka ini agar mengutamakan kebersihan dalam penyediaan makanan serta mematuhi tahap kebersihan yang telah dikeluarkan oleh pihak kementerian. Tambahan lagi Melaka merupakan antara negeri yang paling mendapat tumpuan para pelancong.

Apabila terjadi kes seperti ini ianya akan merosakan imej kedai tersebut dan juga pengusaha kedai makanan lain yang akhirnya merugikan diri sendiri.

Sumber: Sinar Harian/ Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×