berita

Pelanggan Fareeda Mengamuk, Doa Fizo Omar & Isteri Jadi Pengemis

June 13th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-06-12 at 11.16.58 PM

Secara logiknya, mana ada orang nak mengamuk sakan tanpa sebab. Semestinya ada sesuatu yang meletuskan kemarahan seseorang itu melainkan dia sudah diisytihar sebagai orang gila. Itu exceptional, okay.

Namun, terkesima juga kami sebentar apabila membaca screenshot yang dikirimkan semalam. Nampaknya marah betul pelanggan setia yang juga seorang retailer Fareeda ini ya?

Status ‘amukan’ wanita tersebut  yang telah dimuat naik menerusi laman Facebook pada 7 Jun itu turut mengandungi kata-kata sumpah seranah yang ditujukan kepada pasangan tersebut.

fizo mawar

Status amukan pelanggan Fareeda

Amarah wanita ini ada juga asasnya. Bayangkanlah jika ianya kena pada batang hidung kita? Mahu lebih banyak caci-maki yang berlaku memandangkan tahap kesabaran yang sangatlah rendahnya.

Namun, mungkin wanita itu juga boleh mengambil pendekatan yang lain untuk meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap pihak pengurusan Fareeda. Mungkin secara private message dulu?

Iyalahkan, rasanya tak elok pula sampai mendoakan pasangan tersebut (serta keturunannya pulak tu) untuk mengemis di kaki lima.

Bagi pihak pengurusan Fareeda pula, mungkin sudah tiba masanya mereka mencari penyelesaian bagi masalah ini. Konsep barang mahal dan eksklusif, tapi para pembeli kena duduk bermalam di kaki lima. Seriously?

P/S: Ada die hard fans Fareeda tak kat sini?

Kredit foto: Instagram Fizo Omar

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×