berita

Pelanggan Merayu Minta Buat Kek ‘Cicak’, Pembuat Kek Ini Akui Meremang Tengok Hasilnya..Geli!

March 9th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Menerusi Kelab Masak Apa Tak Jadi Hari Ni, seorang pembuat kek kongsi hasil kek ‘cicak’ yang dibuatnya selepas diminta pelanggan. Kek tersebut mendapat pelbagai respon netizen yang memuji hasil kek tersebut yang nampak seperti cicak betul!

Menurut pembuat figurine cicak yang dikenali sebagai Susyila Mohd Burhanudin, dia akui pada awalnya tidak sanggup membuat ‘cicak’ tersebut kerana geli sehinggakan dia sendiri meremang melihat hasilnya. Namun selepas diminta pelanggan, dia akur.

Kek Cicak

Customer saya yang ni ada dalam fb friend lists ke? ?

Setelah puas pujuk & aku menolak sampai mengaku tak reti buat…

Posted by Noor Hasanah on Monday, March 8, 2021

Menurut Noor Hasanah, dia pada awalnya menolak untuk membuat kek dengan tema cicak kerana geli dan tidak mempunyai kepakaran membuat ‘cicak’ tersebut. Namun dengan bantuan Susyila, maka terhasilkan kek ‘cicak’ itu. Kek tersebut merupakan permintaan seorang pelanggan yang berniat ingin ‘kenakan’ kawannya yang memang geli dengan cicak. Apabila ditanya mengenai cabaran membuat cicak tipu ini, Susyila memberitahu ianya mudah namun hanya sedikit rasa meremang.

Cabaran dia geli geleman, nak muntah pun ada. Meremang bulu roma sambil buat sambil terbayang tiba-tiba cicak tu betul-betul hidup hahahaha. Memang pengsan la cita dia.

Akak memang geli gila cicak, binatang lain takpe. Bila dah siap color cicak tu aduh terus nampak real. Meremang terus, nak simpan dalam kotak pun telompat-terlompat geli huhu. Nak buat tu tak susah, senang je..

Tambahnya lagi, seekor ‘cicak’ mengambil masa selama 30 minit untuk disiapkan. Walau bagaimanapun, ‘cicak’ ini bukanlah pengalaman pelik atau sukar memandangkan dia sudah menceburi bidang pembuatan kek hampir 10 tahun lamanya. Malah dia juga pernah menghabiskan masa selama 14 jam untuk menyiapkan kek bertemakan naga. Fuh!

Hasil kek lain, memang kreatif!

Sumber :  Susyila Mohd Burhanudin

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×