Tak dinafikan, aspek kebersihan ketika mengendali makanan adalah perkara penting yang tidak boleh dikompromi oleh mana-mana pelanggan.
Hal ini kerana, kegagalan menjaga kebersihan boleh mengundang pelbagai risiko termasuk memberi kemudaratan terhadap kesihatan seseorang.
Sup perut ada najis
Baru-baru ini, pemilik akaun Malaysia Most Viral berkongsi satu hantaran mengenai situasi seorang pelanggan menerima hidangan tidak bersih yang dibeli di sebuah kedai makanan.
Beli sup perut dengan harga RM20. Kononnya kedai tu ramai orang kata sedap. Jadi kita pun terliur, cuba lah beli. Beli bungkus nak makan dekat rumah.
Difahamkan, individu tersebut telah mengunjungi premis makanan itu untuk membeli sup perut tetapi apa yang mengejutkan apabila dia ingin menjamah hidangan itu di rumah, dia terhidu satu bau yang sangat busuk.
Rupa-rupanya, apabila diperiksa ternyata hidangan sup perut yang dibelinya itu mengandungi najis haiwan berkenaan. Apabila bertanya kepada peniaga berkenaan, dia menafikan itu adalah najis sebaliknya menjelaskan ianya adalah ‘lemak’.
Masa nak panaskan sup tu, bau busuk. Tengok-tengok ada dua ketul perut bulat penuh taik (najis). Telefon peniaga, dia kata tu lemak dalam perut.
Macam lah kita ni tak pandai beza lemak dengan taik (najis).
Kotornya…
Beli sup perut dengan harga rm20..kononnya kedai tu ramai orang kata sedap..jadi kita pun terliur try lah beli.. beli bungkus nak makan kat rumah..
Time nak panaskan sup tu bau busuk..tengok2 ada 2 ketul perut bulat penuh taik ? call peniaga dia kata tu lemak dalam perut.. pic.twitter.com/BZOmIz72Ln
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) January 12, 2025
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada wargamaya yang rata-ratanya terkilan dan kurang senang dengan sikap segelintir peniaga makanan yang langsung tidak menjaga kebersihan.
Harga mahal atau murah, aku paling pantang bila beli makan minum dan kena tipu. Tak sedap la, tak fresh la, portion kecik la. Mcm mcm. Paling kena game bila balik nak makan, dah bau atau basi. Ingat berkat ke hidup kalau aniaya orang? Bingai
Ade tengok podcast yousaf dengan sorang ustaz ni. Dia kata kedai akan gunakan pelaris dengan mencampurkan najis/darah dalam makanan. Sebab jin suka benda yang kotor.
Bagi dekat orang yang cakap tu lemak dalam perut. Suruh dia makan lemak tu.
Pengotor betul peniaga ni.. makanlah kau duit haram tak berkat sebab menganaiya pembeli!
Sumber: Malaysia Most Viral